Pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, selepas mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun.
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi, lapor BH Online.
Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
“Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.
“Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.
“Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.
Ads
“Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak,” katanya seperti dipetik.
Bagaimanapun, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, enggan mengulas lanjut.
Nedim hadir tanpa peguam, manakala Nora diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Badri Idris.
Ads
Sebelum itu, Nora berjubah putih hadir bersama Nedim menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada jam 7.40 malam.
Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak.
Nora dilapor mengaku dia dan Nedim berusaha menangani situasi sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.
Ads
Dalam reaksi balas beberapa hari kemudian, Nedim dilapor menegaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik, sebaliknya, hanya ‘gaduh-gaduh manja”.
Imbas kembali, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika di tanah air, di mana-mana sahaja kelibat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada pasti menjadi perhatian peminat setianya.
Namun, ketenangan tidak dikenali atau ‘diganggu’ saat mengerjakan umrah merupakan menjadi perkara yang dirindui Siti apabila dia dapat menunaikan ibadah dengan sempurna seadanya.
Menerusi perkongsian IG Live yang dibuat Siti sebentar tadi, air mata pelantun lagu Lip Lap Raya itu turut gugur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk dijemput menjadi tetamu Allah.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni.
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Kali ini kedatangan Siti ke Mekah tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebaliknya penyanyi itu ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya.
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di laman Twitter apabila satu potongan video pendek yang dirakam menerusi aplikasi boomerang mirip pelakon Eyka Farhana dengan bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid.
Video yang dimuat naik menerusi akaun Perak Power kira-kira dua hari lalu itu sudah pun mendapat hampir 70,000 tontonan setakat kini.
“Selamat Petang. Apa buat cuti cuti ni? Selamat bercuti,” tulis status berkenan.
Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai netizen.
Malah difahamkan, Eyka sendiri ada memuat naik foto bersama bintang sukan berkenaan menerusi Insta Stories yang dipercayai diambil di sebuah destinasi percutian.
Foto: Twitter Perak Power
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa
Bersujud Dan Lalu Aku Meminta
Semoga Kita Bersama…’
Bait-bait lirik lagu ini pastinya tidak asing lagi buat kebanyakan daripada kita. Malah ada yang menyifatkan lirik berkenaan telah menghantui hidup mereka dek kerana selalu mendengarnya di media sosial.
Bagi penyanyinya, Raffa Affar atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah, 20, lagu berjudul Cinta Sampai Mati itu membawa tuah kerana melonjakkan namanya bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.
Pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat itu juga menyifatkan kelahiran single sulung itu ibarat mimpi yang menjadi nyata.
“Sebelum ini, saya sering membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid.
“Selain itu, saya ada juga menyanyikan lagu popular penyanyi lain dan dimuat turun ke dalam akaun media sosial.
“Bila sering menyanyikan lagu popular, saya juga berharap mempunyai lagu yang boleh hits dan ternyata impian itu menjadi kenyataan,” katanya.
Tambah Raffa, pada asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal.
“Pihak rakaman berharap lagu ini dapat disampaikan mesejnya yang mempunyai maksud cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada.
“Lagu ini sebenarnya tidak terhadap kepada pasangan sahaja tetapi juga kepada keluarga,” ujarnya mengenai lagu ciptaan Ayu Rizki Yani, isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band.
Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura manakala untuk pasaran di Indonesia dan lain-lain negara dilancarkan di bawah label muzik Botram Media Entertainment.
Sama seperti penyanyi baru lain, tiada apa yang diharapkan Raffa selain kehadirannya dan lagu tersebut mampu memberi nuansa baru kepada industri muzik sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Raffa Affar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!