Walaupun pelakon wanita popular, Nora Danish kini sudah bergelar isteri kepada Nedim Nazri pada 30 Mac lalu namun itu tidak menghalang dirinya untuk beraya di rumah bekas mertuanya.

Nora yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai, berkata setiap tahun adalah suatu kemestian bagi dirinya untuk menziarahi keluarga bekas mertuanya.

“Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

 

“Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nora berkata dia teruja dapat kembali beraya sebagai seorang isteri dan akan menyambut hari raya bersama suaminya terlebih dahulu.

IKLAN

Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua

Nora memberitahu lagi bahawa sebelum bergelar isteri kembali, dia menyambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini akan jadi lebih meriah dengan kehadiran suami di sisi.

IKLAN

“Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami.

 

“Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya,” kata Nora.

Tidak salah jika kita mengekalkan hubungan silaturrahim walaupun hubungan perkahwinan yang pernah dibina dahulu putus di tengah jalan.

Kami di MH Online mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada Nora sekeluarga.

IKLAN

Sumber: Mstar Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI