Penyampai radio dan pelawak terkenal, Johan, melangkah ke tahap baharu dalam industri makanan dengan memperkenalkan produk Ready-To-Eat (RTE) melalui jenama restorannya, Itik Ke Ayam? (IKA?).
Projek inovatif ini direalisasikan melalui kerjasama istimewa dengan cef selebriti serta pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob.
Kolaborasi ini bertujuan membawa pengalaman menikmati hidangan premium yang lebih mudah dan pantas, tanpa menjejaskan rasa autentik.
Menu sulung yang diperkenalkan menerusi vending machine ialah Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api, yang dihasilkan menggunakan resipi khas untuk memastikan kualiti terbaik.
“Saya mahu pelanggan menikmati hidangan berkualiti restoran dalam masa yang lebih pantas dan mudah. Itu sebabnya saya pilih Fazley untuk bekerjasama kerana saya tahu sentuhannya mampu membawa kelainan,” ujar Johan.
Ads
Idea Tercetus Di Tepi Padang
Menurut Fazley, idea untuk bekerjasama dalam projek ini telah dirancang lebih setahun, namun perbincangan serius hanya berlangsung dalam tempoh tiga hingga enam bulan sebelum direalisasikan.
“Kami sebenarnya berbincang secara santai ketika menunggu anak-anak bermain bola di tepi padang. Dari situ, lahir idea untuk membawa masakan tradisional ke peringkat lebih moden melalui konsep ‘Ready-To-Eat’,” jelas Fazley.
Produk RTE ini boleh didapati di empat lokasi utama, iaitu AEON BIG Seksyen 23, Shah Alam, AEON BIG Ampang, AEON BIG Wangsa Maju dan AEON BIG Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.
Ads
Untuk mengekalkan eksklusiviti, Johan turut memutuskan untuk menawarkan menu khas yang tidak tersedia di restoran IKA? bagi memastikan pengalaman unik kepada pelanggan.
Sasar 100 Mesin Layan Diri
Projek vending machine ini hanya permulaan bagi Johan dan Fazley. Mereka menyasarkan untuk memasang 100 mesin layan diri dalam tempoh setahun di lokasi strategik seperti AEON, Lotus’s, dan pasar raya utama di seluruh Malaysia.
Ads
Selain itu, peluang turut dibuka kepada usahawan serta penggiat seni yang berminat untuk menyertai industri vending machine sebagai satu bentuk perniagaan baharu.
“Biasanya bila sebut vending machine, orang bayangkan minuman tin atau snek. Tapi kali ini, kami mahu menghidangkan sesuatu yang lebih mengenyangkan dan berkualiti, dengan hanya satu sentuhan butang,” kata Fazley.
Dengan kombinasi kepakaran Fazley dalam dunia kulinari dan kreativiti Johan dalam membina jenama, projek ini dijangka menjadi fenomena baharu dalam cara masyarakat menikmati makanan segera yang berkualiti tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerap kali menerima kritikan berhubung soal pemakaian, pelakon Sharifah Sakinah menerusi entri terbaru di Instagram ada menmetik kata-kata mufti terkenal, Mufti Ismail Menk.
Petika kata-kata itu antara lain menekankan soal pemakaian dan sikap menghukum netizen.
Menurut Mufti berkenaan, jangan sesekali menilai wanita menerusi cara pemakaian.
Kemungkinan besar dia mempunyai hati yang lebih mulia daripada mereka yang berkata-kata.
Pengacara dan ushawan terkenal, Neelofa tidak menafikan sebenarnya sukar buat dirinya serta sesetengah orang lain untuk berdiam diri untuk tidak memuat naik apa-apa status di media sosial apabila sesuatu terjadi kepada diri.
“Sebenarnya saya tengok situasi ini sudah lama (individu yang gemar memuat naik status di Instagram khasnya mengenai hal peribadi) dan saya sendiri pun susah untuk tidak meletakkan apa-apa statud bila suatu benda terjadi.
“Sebab secara semula jadinya kita pasti mahu bersuara atau ekspresi apa yang kita rasa sama ada tengah marah atau sedih.
“Bagaimanapun, kita kena didik diri supaya senyap dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Sebab saya faham sesiapa sahaja boleh melalukan hal tersebut, jelasnya.
Ditanya sama ada jawapan yang diberikan itu turut ada kena mengenai dengan situasi yang berlaku di sekeliling bintang kelahiran Kelantan itu, Lofa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tidak adil untuk saya… kalau kata ia ditujukan kepada mereka yang berkaitan dengan saya, rasanya saya tak adil untuk bersuara sebab saya tidak mahu masuk campur atau menjawab bagi mana-mana pihak.
“Pandangan saya itu adalah buat sesiapa sahaja memandangkan semua orang akan menghadapi situasi yang katakan tadi, berkenaan dengan sosial media yang akan memburukkan lagi keadaan.
“Misalnya masalah yang berlaku kecil sahaja, tetapi bila dimuat naik di Instagram ia jadi kian besar. Jadi semua kena berhati-hati dan ingatkan diri untuk sabar, jangan kongsi lagi. Selesai dalam cara yang lain terlebih dahulu,” katanya profesional.
Terdahulu, Neelofa ditemui media sejurus tamat program istimewa MeleTop yang turut mengumumkan senarai Top 20 calon Anugerah MeleTop 2019 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih menyanyikan lagu tema untuk filem seram psikologi terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram.
Lagu bertajuk Sesal ini adalah hasil ciptaan komposer dan penulis lirik, Nurzaidi Abd Rahman, yang sebelum ini turut menggubah lagu tema filem Ombak Rindu.
Lagu Sesal diterbitkan oleh Odissi Creative Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia, dengan susunan muzik oleh Eddie Slam dan alunan seruling oleh Mohar.
Lagu ini dihasilkan sepenuhnya dengan inspirasi daripada naratif dramatik dan menyayat hati filem Telaga Suriram, yang mengisahkan penderitaan seorang ibu dalam pencariannya terhadap anak perempuannya yang hilang secara misteri.
Penuh Makna
Menurut penerbit filem, sebaik sahaja Osman Ali mendengar lagu tersebut, dia merasakan Sesal sangat tepat untuk dijadikan lagu tema rasmi filem tersebut.
Malah, Osman dan pasukan produksi turut yakin bahawa hanya Siti Nurhaliza yang mampu menyampaikan emosi berat dan penderitaan mendalam watak ibu yang merindukan anaknya melalui nyanyian yang penuh jiwa.
Lagu Sesal bukan sahaja menyentuh tema kesedihan dan kerinduan, tetapi juga menggambarkan intensiti keganasan dan ketegangan yang menjadi nadi penceritaan dalam filem Telaga Suriram.
Melalui vokal Siti yang penuh perasaan, lagu ini memberi kesan mendalam kepada pendengar, menyelami keperitan jiwa seorang ibu yang kehilangan.
Penggambaran Muzik Video
Penggambaran video muzik (MV) untuk lagu Sesal telah dijalankan di Studio Kayangan di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli.
Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan kolaborasi ini ialah penerbit bersekutu, En. Wan Farid Wan Abdullah dan Julian Tan, yang menjadi antara tulang belakang utama dalam merealisasikan kehadiran Siti Nurhaliza sebagai penyanyi utama lagu tema filem ini.
Sesal kini boleh didengari di semua saluran digital streaming pilihan anda dan video muziknya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Telaga Suriram membawa kisah sebuah kampung terpencil yang digemparkan dengan kehilangan misteri seorang kanak-kanak perempuan.
Tragedi ini mencetuskan kekacauan dan rasa tidak percaya dalam kalangan penduduk, yang akhirnya mula menyebarkan khabar angin berkaitan pengorbanan syaitan.
Ketika gangguan semakin meruncing, rahsia kelam dan rasa malu yang tersimpan mula terbongkar satu persatu, membuka tirai kepada sebuah kebenaran yang mengerikan.
Telaga Suriram akan ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam bermula 1 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan keterbukaannya terhadap cadangan Suria Records (SRC) untuk komersialkan semula 11 lagu yang pernah dirakamkannya ketika masih bersama syarikat rakaman tersebut. Bagaimanapun, Siti menjelaskan, sebarang keputusan perlu melalui perbincangan terlebih dahulu agar ia memberikan manfaat kepada semua pihak. #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!