Selepas dua minggu tiada penyingkiran, Kumpulan Nico menjadi peserta pertama yang tersingkir menerusi program Gegar Vaganza kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Nico yang dianggotai oleh Nico, Alfa dan Dino memperolehi markah paling rendah di antara 13 bintang yang bersaing, iaitu dengan 50.10 peratus.

Sementara itu persembahan memukau menerusi lagu Semalam meletakkan Nikki Palikat di tangga teratas dalam kedudukan markah iaitu dengan 84.80 peratus.

Aliff Aziz memperolehi markah sebanyak 83.90 peratus  di kedudukan kedua dan diikuti Adibah Noor dengan 81.30 peratus.

IKLAN

Berikut ialah senarai markah kesemua peserta GV8 minggu ketiga;

Nico Pertama Tersingkir Di GV8 Selepas Raih Markah Paling Rendah, Nikki Unggul Dengan 84.80 peratus

IKLAN

Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari

IKLAN

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Sa.Ya.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI