Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Tokti Terserlah Di Usia 45 Tahun!
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Team MH, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sebelum ini banyak perdebatan mengenai perkongsian di laman sosial yang kononnya lebih banyak membawa pengaruh negatif berbanding positif.
Namun begitu, jika sesebuah perkara yang dikongsikan baik, pastinya ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat buat orang lain.
Begitulah hal yang mungkin dirasakan pelakon, Harris Annuar atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar yang gembira apabila perkongsiannya mengenai solat sebelum ini telah membuka hati seorang pengikutnya.
Menerusi muat naik di laman Instagramnya, bintang berusia 29 tahun ini berkongsi tangkap layar perbualan menerusi Direct Message (DM) bersama pengikutnya.
Individu berkenaan berterima kasih atas perkongsian kerana telah menjadi asbab untuknya terus mendirikan solat.
“Salam bang, saya hanya nak beritahu yang abang jadi orang tengah, Allah hantarkan supaya saya start untuk solat.
“Saya dah konsisten empat tahun dah. Thank you buat video yang abang cakap untuk start je solat.
“Saya ikut dan Alhamdulillah… lama-lama biasa,” tulis individu berkenaan.
Tersentuh dengan mesej terbabit, bekas finalis Hero Remaja 2017/18 itu turut menasihatkan netizen agar sentiasa memilih untuk menyebarkan kebaikan yang dapat manfaat buat semua orang.
“Awaklah saham akhirat saya, so geng ia sama ada kita sebarkan kebaikan atau mengaibkan diri sendiri.Pilih dengan bijak,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sedih apabila segala persiapan menjelang Syawal tahun ini sudah pun dilakukan.
Jelasnya, proses tersebut sudah pun dilaksanakan kira-kira sebulan sebelum dunia berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.
Dalam rasa sedihnya, ahli perniagaan yang kini muncul dengan single terkini berjudul Cuba Bahagia itu turut mendoakan yang baik-baik buat semua.
“Saya rasa virus ni sampai raya. Sebenarnya ini adalah tahun yang paling menyedihkan. Video ni saya rakamkan sebulan sebelum cronola. Cuba korang bayangkan abang siap buat photoshot lagi.
“Nak buat sampul raya, nak buat poster raya, nak buat bantuan amal raya. Tetapi ini pula jadinya.
“Apa patut abang buat dalam keadaan macam ni… cer komen di bawah. Kiri tak kena, kanan tak kena, ke depan tak kena dan kebelakang pun tak kena.
“Sedih sangat apakah tidak pernah dirancang untuk sampai ke tahap ini. Semua kerja hold dan x gerak.
“Abang doakan semua dalam keadaan yang sihat dan gembira. (lagu jomraya yayian @aliffsyukriterlajaklaris Kalau korang nak dengar video Laguna lebih panjang boleh bagi dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting) Gambar lama.
#Jangankecam #Janganjagatepikainorang #Abangselamat #Abanghappy #vediolama,” tulisnya pada entri di IG TV yang turut dilampirkan dengan sesi balik tabir persiapan rayanya.
Foto: IG TV Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...