Penyanyi, Syada Amzah mengakui video ucapan khas yang dimuat naik di media sosial sempena ulang tahun kelahiran kakaknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Shila Amzah dibuat atas dasar rindu.
Menurut Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, video tersebut hanyalah ucapan normal yang sering dia lakukan buat setiap adik-beradik dan kenalan rapat.
“Kami semua rindukan dia. Sebagai adik beradik, perasaan rindu itu memang biasa. Walau baru lepas jumpa, bila balik sahaja kita sudah rindu. Lumrah darah daging.
“Video ucapan tersebut tiada apa-apa makna dan bukan untuk orang luar jadikan isu. Ia hanyalah ucapan untuk kakak saya sendiri. Itu juga cara saya menunjukkan tanda penghargaan. Tidak lebih daripada itu.
“Saya ada banyak video ahli keluarga dan rakan-rakan baik saya di telefon. Saya suka buat video sebegitu bila tiba hari jadi orang mereka. Bezanya sama ada saya kongsi di media sosial atau hantar terus ke Whatsapp,” katanya kepada MH.
Syada berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari yang berjudul Kembali yang diadaka di The Flint KL, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, perkongsian video tersebut sekaligus membuktikan hubungannya dengan pelantun lagu Patah Seribu itu masih baik dan mereka masih berkomunikasi sehingga hari ini.
“Saya ada dapat mesej balas daripada Shila. Kami memang saling berhubung. Cuma video tersebut ibarat hadiah selain daripada ucapan panjang lebar.
“Kami memang tiada masalah. Bila orang menganggap hantaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, pada saya, tak mengapalah. Orang luar tak tahu apa yang berlaku dan mereka memang tak perlu tahu,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan hantaran tersebut mempunyai maksud tersirat seperti ingin meminta bantuan kewangan, Syada menggesa individu terbabit tampil menunjukkan bukti.
“Sehingga kini, tiada siapapun yang datang berjumpa dan tunjukkan bukti tentang dakwaan mereka itu. Mereka hanya buat spekulasi. Saya tak boleh nak halang dan kawal.
“Saya tak ambil pusing pun apa yang mereka kata. Itu bukan masalah saya. Saya tak buat apa-apun, orang luar akan tetap bercakap,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia mengakui sudah hampir setahun tidak bertemu dengan kakaknya termasuk anak kedua Shila iaitu Rhea Akira yang baru dilahirkan pada Mei lalu.
“Setakat ini sudah setahun tak bertemu, kali terakhir adalah pada hari perkahwinan kakak iaitu Ogos tahun lalu.
“Saya juga belum berkesempatan jumpa anak buah sebab jadual sangat padat dan masa kami selalu bertembung,” jelasnya.
Terdahulu, Syada menuai perhatian ramai apabila memuatnaik sebuah video ucapan hari lahir yang menggabungkan koleksi gambar dan video bersama Shila.
Perkongsian tersebut seterusnya mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa dia masih ditanggung Shila dari segi kewangan.
Sekitar tahun lalu, Shila terjebak dengan konflik bersama ibunya, Fauziah Sarman, Syada dan abangnya, Amir Syafiq berkenaan isu penjualan rumah banglo di Hulu Langat.
Sementara pada April lalu, Shila yang ketika itu hamil anak kedua memberitahu belum bersedia untuk bertemu ibunya bagi mengelak sebarang gangguan emosi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syada Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maaf! Valentine Tiada Dalam Kamusku,”- Datuk Adi Putra
Pelakon, Datuk Putra kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci mekah.
Lantas, pelakon drama Mencintaimu itu juga ada memuat naik sepotong video beserta kapsyen.
“Saya tidak ada apa nak tuliskan, Biarlah ucapan menyampaikan segalanya. Kerana Allah Maha tahu Isi Hatiku buat mereka. Tiada boleh mengganti mereka. Selamat Hari Lahir IBU ku Hajjah Noor Banoo Khan Mohd (16.2.19), Selamat Hari Lahir ISTRI ku @aidayusof786 (15.2.19).
“‘Maaf’ ,VALENTINE tidak ada dalam Kamusku,” tulis Adi ringkas.
View this post on InstagramA post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra) on
“Dibelakang saya adalah Baitullah. Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada dua ratu saya yang istimewa..
“Terima kasih kepada yang mendoakan jatuh bangun saya.. Selamat hari lahir sampai skrg.. slmt hari kelahiran Bonda 16 Feb dan isteri saya 15 Feb..
“Saya mendoakkan semoga Allah merahmati kesihatan yg baik, pnjg usia buat mereka berdua. Asalamualaikum,” kata Adi.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap posting tersebut.
Video : Instagram Adi Putra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cukup Saya & Maha Esa Tahu Apa Yang Saya Buat…,” – Disindir Masuk Neraka, Meerqeen Akhirnya Bersuara Isu Palestin
Pelakon meningkat naik, Meerqeen tampil memberikan respon terhadap sindiran seorang individu yang mengatakan dirinya bakal dimasukkan ke neraka kerana tidak berkongsi sebarang hantaran berkaitan keganasan yang berlaku di bumi Palestin.
Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shaugeen Shaiful Izam, tidak semua perkara harus dikongsikan kepada umum dan sebagai seorang muslim, dia sudah melakukan yang terbaik.
“Terima kash, saya seorang muslim. Tanggungjawab saya sebagai orang muslim saya dah jalankan.
“Bukan semua perlu share dengan semua. Cukup saya dan maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai,” tulisnya di ruangan komen Instagram.
Terbaharu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini juga telah memuat naik sebuah hantaran khas di Instagram untuk menyatakan pendirian dan sokongan terhadap saudara muslim yang ditindas di Palestin.
Menurutnya, dia telah dididik oleh kedua-dua ibu bapanya untuk bersuara menentang sebarang ketidakadilan yang berlaku di muka bumi ini.
“Saya pasti sema orang tahu akan situasi yang sedang berlaku hari ini. Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.
“Saya tidak pernah walau sekali pun berpaling dari pendirian saya itu.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa saya mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman.
“Sebagai seorang Muslim dan seorang Manusia, saya percaya akan tanggungjawab saya untuk terus berusaha menjadi Khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian,” tulisnya.
Pada masa sama, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini turut memanjatkan doa semoga keganasan yang berlaku di bumi Palestin akan segera berakhir.
“Doa dan harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka.
“Dengan kudrat dan kemampuan saya yang kecil ini, saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.
“Saya percaya kepada perancangan Allah SWT, dan hanya Dia yang akan membalas setiap kezaliman dari awal hingga akhir waktu,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, Meerqeen telah dikritik hebat netizen kerana tidak bersuara dan menggunakan pengaruhnya untuk memberikan kesedaran terhadap konflik di Palestin.
Bukan setakat itu, netizen turut memuat naik semula video temubual Meerqeen bersama media tempatan ketika mengulas mengenai fotonya bersama pelakon popular dunia, Gal Gadot.
Disebabkan foto tersebut, ada pihak yang beranggapan Meerqen tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berpihak kepada Israel yang juga merupakan negara kelahirannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Meerqeen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sekitar Majlis Malam Berinai Raja Ilya, Inai Putih Jadi Pilihan!
Pelakon Raja Ilya telah mengadakan majlis malam berinai malam tadi di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Malah, bintang filem Papadom ini juga ada berkongsi gambar sekitar majlis malam berinai di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Anggun mengenakan dress berona biru lembut, majlis tersebut turut dihadiri keluarga Ilya.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Malah, pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India ini manis mengukir senyuman tatkala memilih inai putih yang dihiasi di jari.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Dalam perkembangan lain, Ilya dan suami, Trent Garrett akan mengadakan majlis resepsi pada 19 September ini (esok) di Star Avenue,Subang jam 7.30 malam.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Disember lalu di Perth, Australia.
Foto : Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI