Tunang kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meminta mereka yang memiliki aplikasi sosial, Tinder untuk ‘report’ satu akaun yang menggunakan nama Hanz gara-gara menggunakan fotonya sebagai paparan utama.
Perkara tersebut dikongsikan hos dan ahli perniagaan ini menerusi Insta Stories pada Sabtu.
“Ni bukan Hanz, ni Hanjing namanya nak pakai gambar saya bersama masjid kat Tinder.
Ads
“Tolong report kalau korang ada jumpa ni ya. Thanks you,” tulis Nabil.
Sementara itu menerusi tinjauan MH, Ayda Jebat turut memuat naik foto sama.
Ads
Ads
“Siapa yang ada Tinder please report. Nabill Mahir tak ada Tinder, dia ‘tingtong’ je,” tulis Ayda.
Naib juara program Gegar Vaganza 7 (GV7), Muss ada memberikan dedikasi buat isterinya, Suraya perihal pengorbanan serta kesetiaan yang ditunjukkan terhadapnya dalam waktu sukar atau pun senang.
Muss juga menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang sepanjang mereka mendirikan rumah tangga lebih 23 tahun lalu.
Malah, bintang berusia 52 tahun ini juga turut imbas semula penglamannya yang pernah terlantar di hospital dua tahun lepas akibat koma selepas diserang demam panas dan dijaga rapi permaisuri hatinya itu.
“Ini lah tulang belakang saya..23 tahun kami kawin sampai skrg. Bila time susah dia x pernah mgeluh
“2 tahun lepas saya terlantar di hospital selama 35 ari dia sentiasa di sisi. Mandikan saya cuci pungong saya masa di hospital dulu. Tak pernah dia mgeluh.
“Selepas sakit dulu saya ada prob memori susah nk ingat. Saya akn bertanya perkara yg sama berulang kali..dan isteri saya akn mjawab berulang kli jgk dgn penuh sabar.
“Dia jgk yg mguruskan karier saya, dia mmg akan sentiasa di sisi saya. Tq my love, Suraya,” tulisnya lagi.
Luahan tersebut nyata menyentuh hari para pengikutnya dan ada di antara mereka yang mendoakan agar mereka kekal bahagia harmoni selamanya.
Foto: Astro, Instagram Muss
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Rashid berkongsi perkembangan terkini mengenai anak kedua yang dikandungnya.
Jelas Mawar, dia bakal melahirkan permata hatinya itu kurang sebulan daripada sekarang.
Menerusi entri di Instagram, Mawar meluahkan rasa teruja sambil mendedahkan beberapa perkara yang berlaku kepada dirinya sejak sekali lagi disahkan hamil.
“Serious x percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby. Cepat betul masa berlalu.
“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul2. Because bila Mawar cantik2, Mawar happy,
“Dan jd lebih bersemangat & happy nak jumpe my baby, seolah2 mcm nak menyambut my baby birthday gitu. Hehehe.
“Yelah, sekali seumur hidup untuk Raden Seriku, so i really want to appreciate moment2 yg diberikan peluang dari Allah S.W.T ni.
“So yeah! My nails dah buff kilat2 macam air kat kuku gituw, loveee sangat thank you @lifeofnails_my And Mawar buat hair treatment jugak.
“And harini nak buat maternity massage & mandi bunga (i just love my smell after I mandi bunga!).
Malah, pemenang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH33) mengakui mahu melaram sama barangan kemas.
“And kejap lagi nak g gelang Emas to Raden Seri ku.. (mengidam naw kat emas sejak pregnant Raden Seri ni) @radenseriRC.
“Doakan Mawar & baby selamat dan semua dipermudahkan. Dress dari @hijabista.hub, material best gila.
“Sejuk pastu ada xip kat depan. Mudah utk ibu2 yg nk menyusu anak, nak lagi dress camni please @hijabista.hub,” tulis Mawar memberikan kredit.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan doa agar segala urusan bersalin Mawar dipermudahkan.
Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.