Di samping itu, bintang drama bersiri Kampung People ini turut berkongsi momen kelakar sebagai ibu bapa yang pertama kali menghantar anak menghadiri sesi persekolahan.
“Tajuk Album, ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat.. Kepompom turut Serta ngintai session,” tulisnya.
Pelakon dan model yang kini bergelar penerbit, YingLi Tan mengakui penglibatannya dalam dunia lakonan di negara luar akhirnya memberi inspirasi buat dirinya untuk menghasilkan sebuah filem yang menonjolkan kekayaan budaya negara sendiri.
Katanya, dia membesar dalam kerukunan budaya yang pelbagai dan percaya, ia perlu ditonjolkan kepada masyarakat luar.
“Saya terlibat dalam pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997 dan mewakili negara ke Miss Chinese International.
“Kemudian saya mulai berjinak-jinak dalam drama di bawah produksi Hong Kong dan China. Akan tetapi pada waktu itu saya sedikit gementar kerana masih lagi muda dan buat keputusan untuk pulang ke tanah air.
Saya sambung pengajian dan mula berlakon dalam produksi tempatan sebelum kembali ke China untuk teruskan kerjaya lakonan di sana, termasuk di Singapura,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauhmana perkembangan kerjaya lakonannya di negara orang, figura tinggi lampai ini akui lebih selesa terlibat dalam naskhah drama.
“Lebih banyak buat drama dan terkini saya baru sahaja selesai membintangi sebuah drama produksi China,” jelasnya.
“Saya sudah lama berlakon, namun saya terfikir apa yang boleh saya lakukan selepas ini. Jadi sebagai produser, saya nak hasilkan sebuah filem yang jarang diketengahkan.
“Misalnya kalau diminta untuk terlibat dalam filem berbahasa Melayu secara total, rasanya lebih ramai pengarah dan penerbit di luar sana yang lebih arif.
“Jadi mengapa tidak untuk saya ketengahkan mengenai kaum Cina tempatan kita yang bukannya masyarakat Cina dari Tanah Besar dan yang paling dekat dengan masayarakat Malaysia ialah baba nyonya.
“Nenek saya ialah nyonya asal Pulau Pinang, bapa saya ialah Cina tempatan. Sementara datuk saya pula dari Tanah Besar dan ibu saya dari Thailand.
“Jadi saya membesar dalam budaya yang berbeza-beza dan bertemu dengan rakan-rakan berbilang kaum yang lain.
“Sebab itulah tercetusnya idea untuk ketengahkan budaya yang ada di Malaysia. Filem ini sangat istimewa. Kami cuba tonjolkan itu dari segi kostum, makanan selain elemen drama juga. Kami nak orang luar tahu akan kekayaan budaya di sini,” terang YingLi optimis.
Menariknya juga, Nyonya Ronggeng yang merupakan sebuah naskhah skala besar dari ZLK Productions bakal mencipta sejarah apabila melaburkan RM2.8 juta bagi membina semula rumah agam berkonsepkan Baba dan Nyonya.
Banglo yang dibina di Jalan Inai, Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu dijangka siap penghujung bulan ini.
Penerbitnya, Datuk Seri Dr K C Lee berkata, ia dibina bagi menampilkan budaya Baba dan Nyonya mengikut acuan sebenar menerusi medium filem, sekali gus membuka mata masyarakat luar mengenai kebudayaan masyarakat majmuk di negara ini.
Filem yang menelan kos RM6 juta itu turut menampilkan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin selaku pengarah.
YingLi Tan dan aktor Steve Yap diumumkan sebagai pendukung utama sementara penggambarannya di jadual bermula September depan.
Pada masa sama, pihak produksu akan menjalankan sesi uji bakat bagi mencari pelakon dari luar negara seperti Jepun, China dan Thailand bagi melengkapkan jalan cerita filem ini.
Ia mengisahkan pengorbanan wanita bernama Rose, keturunan Baba dan Nyonya yang ingin menumpang kasih sayang daripada seorang jejaka.
Namun, kehadirannya mendatangkan kebencian ahli keluarga lelaki yang dicintai, hanya kerana dia seorang penari ronggeng.
Perjalanan hidup Rose dipaparkan secara berkala dengan latar belakang beberapa kejadian dari 1942 hingga penghujung 1970-an seperti pembunuhan beramai-ramai Sook Ching, kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 dan Tragedi 13 Mei 1969.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Chef selebriti, Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam memberi kata-kata semangat kepada ibunya yang berusia 84 tahun sebelum menjalani pembedahan yang melibatkan anesthetics (anestetik) di Pusat Perubatan HUKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Perkara itu dikongsikan anak kelahiran Terengganu itu di Instagram miliknya sambil merakam video bersama ibunya.
“One of the hardest part was to make her fully faham akan risiko pembedahan yang melibatkan anesthetics.
“Beratnya mulut & hati sang anak untuk keluarkan kata-kata supaya dia tenang & mendapatkan persetujuan serta redha ibu sendiri. Perasaan gundah gulana dah lama berlegar dibenakku memikirkan segala kemungkinan.
“Although I sensed some kind of worries at the back of her mind, my mom is willing to go thru it with an unquestionable faith that Allah Ta’ala will protect her. She’ll be in great hands of the Surgeon Dr Zairul & his skilled team. Inshallah,” tulisnya.
Memanjatkan doa pada Yang Maha Esa, Chef Zam mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar.
“Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyembuh, hamba mu ini bermohon agar Kau permudahkan, lancarkan, selamatkan lah pembedahan ibu ku yang aku muliakan pagi esok tanpa sebarang komplikasi.
“Panjangkanlah usianya & sembuhkanlah tangkai jiwa ku ini seperti sedia kala. Hanya pada Mu aku berserah & memohon pertolongan. Amiiin YRA,” akhirinya.
Terdahulu, selebriti Erra Fazira telah melawat ibu Chef Zam di hospital sama.
Nyata, kegembiraan terpancar pada wajah golongan emas itu yang teruja berjumpa primadona Malaysia.
“Alhamdulillah the urology procedure dah selesai petang tadi. TQVM Dr @zainaladwin for taking up her case at the last minute request 👨⚕👍💫
“Tersengih riang dia lepas surgery petang tadi bila tiba-tiba @errafazira bukak mask. Erra tunggu about 1.5 hours while my mom was in the OT dgn Dr Zainal. Terima kasiiihhh di atas kemurnian hati & kasih sayangnya.
Lamaaaaa tak jumpa my Queen. ♥️💓😍🥰
“Esok ada a surgery that makes me really nervous. Any surgery that involves anaesthetic is risky especially in elderly with a heart problem. Saya mohon pada anda semua untuk mendoakan agar pembedahan Ma Saya pagi esok berjalan lancar, selamat & dikurniakan kesembuhan serta sihat seperti sedia kala ye. Amiiin YRA . Terima kasiiihhh,” tulisnya.
Video parodi yang melakonkan kembali gelagat penyanyi, Elly Mazlein yang diterjemahkan sebagai ‘Kak Lina Apom’ di MeleTOP baru-baru ini menjadi perhatian netizen.
Sekaligus, ia menjadi perbualan hangat di laman media sosial di kalangan peminat. Kak Lina Apom menerusi parodi berkenaan ditemuramah wartawan mengenai bakal suaminya.
Watak wartawan pula dilakonkan oleh pelawak dan hos, Jihan Muse.
Video parodi tersebut ditayangkan bersama penonton menerusi rancangan hiburan MeleTOP, Selasa lalu.
Pada masa yang sama, pelakon Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut diundang sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut bersama suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat terhibur apabila menonton video parodi tersebut.
Malah, netizen turut memuji lakonan Shiha yang sangat humor dan menghiburkan.
Alahai, memang kelakar habis gelagat Shiha dan Jihan dalam video parodi MeleTOP ni.
Video: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.