Bukan mudah untuk menjaga anak yang masih kecil dan adakalanya sebagai ibu bapa kita terlalu letih menguruskan urusan kerja di luar sehingga waktu menjaga anak pula tanpa kita sedari, kita telah tertidur.

Baru-baru ini, Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah berkongsi satu momen menjaga anaknya di Instagram.

Pada gambar yang dikongsi terlihat, Sheikh Muszaphar sedang tidur ketika menjaga anaknya.

Menurut kapsyen Sheikh Muszaphar berkata, adakalanya kita berasa letih dan tiba giliran dirinya untuk menjaga anak tetapi dia tertidur selama lima minit.

Tujuan dia berkongsi momen ini adalah untuk mengingatkan semua ibu bapa di luar sana untuk tidak melakukan perkara yang sama telah dilakukannya.

IKLAN

“Pic – Me Caught in the act !

 

There are times we are just too tired.

 

It was my shift taking care of the twins . I placed Adam on my tummy thinking that I could fall asleep for 5 minutes . This is a reminder to all parents out there and me included not to do this . Totally bad parenting. Glad all went well .

 

Pic Courtesy of Dr Halina who loves catching me making the slightest mistake . ?
Happy Friday Everyone …,” tulisnya.

Nampaknya ramai juga pengikut Sheikh Muszaphar yang berkongsi pengalaman yang sama, tertidur ketika menjaga anak.

IKLAN

frommommytobaby: Anak sya baru jtuh katil sbuh tadi..my bad, mmg tak sedar ada angkat anak dari cot ke katil last night..

nazihahidris: Ank saya pon baru jatuh katil minggu lepas alhamdulillah takde ape yg jadi. Hanya sesaat je. Cepat pergerakan baby. Hati2.

IKLAN

waida.noruwaida: Rumah saya tak ada katil dan sofa. Fobia anak masa tu baru pandai merangkak, anak dah jatuh katil kepala turun dulu. Mujur ayah nyer solat sebelah katil sempat sambut anak sebelum berdentum kepala. Mak nyer dah terlelap masa anak bf. Sebelum saya baca status doc, saya perati dulu pic ni. Doc tertido ke tuu?? Baby mata bulat jeee hehehe. Bila dah penat memang mudah terlelap.

MH harap para ibu dan bapa di luar sana dapat mengambil perkongsian Sheikh Muszaphar ini sebagai iktibar dalam menjaga anak-anak.

Tak dapat dinafikan adakalanya kita terlalu letih jadi dengan perkongsian ini, kita akan lebih berhati-hati selepas ini ketika menjaga anak.

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI