Dalam pada keseronokan menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri, penyanyi, Indah Ruhaila sekeluarga masih tidak dapat melupakan satu kenangan pahit apabila neneknya telah pergi menghadap Ilahi pada malam raya.

Bagi Indah, walaupun arwah neneknya sudah tujuh tahun meninggalkan mereka namun momen tersebut masih tersimpan rapi di dalam ingatannya sehingga kini.

“Kehilangan nenek pada malam raya antara kenangan yang tidak boleh dilupakan sehingga kini. Disebabkan nenek sering sakit sepanjang Ramadan, persiapan raya hanya sederhana sahaja.

 

“Kalau tidak selalunya ibu Indah akan tukar langsir dan sebagainya tetapi tidak pada tahun tersebut. Rupa-rupanya ibu dapat merasakan bahawa nenek akan pergi mengahap Ilahi,” katanya.

Menurut Indah lagi, pada tahun tersebut mereka langsung tidak beraya kerana masih terkenangkan arwah nenek.

IKLAN

“Jadi pada tahun tersebut kami langsung tidak beraya kerana teringatkan arwah nenek dan hanya melakukan tahlil untuknya.

 

“Sudah pasti beraya tanpa nenek memberi suasana berbeza buat Indah sekeluarga apatah lagi menu ayam masak merah nenek antara hidangan yang Indah nantikan,” ujarnya.

Tentunya pilu hati Indah sekeluarga setiap kali tibanya malam raya kerana di saat orang bergembira dan teruja untuk menyambut hari raya pada keesokan harinya tapi baginya pula dia terkenang akan arwah neneknya yang telah pergi buat selama-lamanya.

IKLAN

Semoga Indah dan keluarga tabah dan reda dengan pemergian nenek tercinta dan didoakan arwah nenek Indah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

IKLAN

Sumber: Majalah Media Hiburan, Edisi Khas Syawal 2016

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI