Pelakon Nelydia Senrose memaklumkan keadaan abang ipar, Kamal Adli kini berada dalam keadaan yang baik dan kakaknya, Uqasha kini sudah kembali bekerja.
Bagaimanapun Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, berkata mereka berdua masih lagi trauma selepas insiden Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di sebuah acara di Singapura pada 12 Mac lalu.
“Alhamdulillah Uqasha dan Kamal dalam keadaan yang okay dan bertambah baik. Cuma masih dalam trauma dan saya rasa mereka pun masih takut kerana perkara itu juga masih baharu. Jadi sudah tentu mereka perlukan semangat untuk menjalani hari-hari seterusnya.
“Uqasha pun sudah kembali bekerja, dan dia sering ditemani. Kamal turut berjaga-jaga sebab kes masih lagi dalam siasatan, kita tak tahu apa motif individu yang menyerang Kamal jadi dia tidak berani bebas keluar. Mungkin dia ambil tempoh ini untuk berehat,” katanya.
Susulan insiden tersebut, pelakon drama Khilaf Asmara itu tidak menafikan dia sekeluarga turut menerima tempias.
“Apa yang boleh saya cakap, sejak kejadian tersebut kami satu keluarga trauma terutamanya kakak sulung yang ada di tempat kejadian. Bayangkan ketika itu, semua ahli keluarga saya ada, cuma saya, emak dan Raysha saja yang berada di Kuala Lumpur.
“Malah saya juga sepatutnya ke acara tersebut, tapi ada sesuatu yang timbul dan tak sempat untuk ke sana. Jujurnya saya juga panik, takut, malah trauma. Jadi selepas kejadian tersebut memang kami berjaga-jaga, tidak berani keluar sendirian.” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Nelydia bersyukur kerana Kamal tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk dan Uqasha juga selamat dari diserang.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya pada waktu itu adalah nasib baik Allah panjangkan umur kakak dan abang ipar saya. Allah tetap melindungi mereka. Ia mungkin boleh jadi lebih teruk, tapi Allah masih menjaga mereka. Alhamdulillah.
“Bila kami dapat mesej dari Uqasha dalam kumpulan Whatsapp keluarga, macam nak jatuh jantung ini sebab fikir saya akan kehilangan abang ipar.
“Tya Ariffin yang berniaga sama di sana juga ada menelefon kami bercerita mengenai apa yang terjadi sebab Uqasha sibuk menguruskan keadaan. Kamal pun ada beritahu mujur dia yang kena bukan Uqasha sebab kalau Uqasha yang kena, mungkin lebih teruk,” katanya.
Berikutan itu, Nelydia berkata, tidak hanya artis, malah orang ramai di luar sana juga perlu mementingkan soal keselamatan.
Ads
“Keselamatan itu sangat penting, sebab kita tak pernah terfikir serangan itu akan terjadi, ia boleh terjadi pada sesiapa pun. Tak kisah, artis, ahli perniagaan atau cikgu sekalipun. Sekarang baru saya faham kenapa ahli perniagaan selalunya ada yang menjaga.
“Jadi tolongnya wanita-wanita di luar sana berhati-hati dan sering berteman. Dan kita juga tak boleh terlalu berkongsi lokasi kita sebab kita tak tahu niat orang,” katanya.
Terdahulu, Kamal diserang dan dalam kejadian berkenaan, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.
Aktor itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan.
Nelydia ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Nelydia antara 400 jemputan yang terdiri daripada rakan selebriti, rakan media, model-model, pemain-pemain industri, rakan kolaborasi, anak-anak asnaf, keluarga sahabat handai yang menghadiri majlis berbuka puasa istimewa itu.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu raya dari barisan artis popular seperti Ernie Zakri, Ning Baizura, Liza Hanim dan Ziana Zain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di samping itu, rata-rata peminat juga turut memuji kemesraan pasangan ini yang dikatakan sangat secocok.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Mengambil inisiatif murni, usahawan Datin Vivy Yusof telah memberi sumbangan kepada ‘frontliners’ yang bertungkus lumus dalam menangani penularan wabak Covid-19.
Menerusi akaun Instagram miliknya, ahli perniagaan ini memaklumkan memberi sumbangan dengan mendermakan sebanyak 1,700 helai tudung koleksi jenamanya kepada barisan petugas hadapan.
Difahamkan, sumbangan tersebut disalurkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan IKRAM Malaysia.
“Saya menerima banyak DM untuk membantu frontliners yang memerlukan keperluan hijab mereka dan saya tidak boleh berdiam diri sahaja.
“Ini merupakan cara paling pantas yang saya fikir boleh untuk bantu mereka. @theduckgroup mendermakan sejumlah 1,700 tudung dUCk (100% cotton, jadi ia tidak akan membuatkan mereka berasa panas) bernilai RM255,000 kepada frontliners.
“Hari ini sumbangan itu diterima oleh Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim. Terima kasih kerana membantu kami dan harap anda akan mengedarkan sebaik mungkin. We love you frontliners!
“Harapnya dUCk ini akan menceriakan anda semua ketika waktu getir ini,” tulisnya.
Kecut perut membaca pengalaman Instafamous, Adiela Ridzuan di laman Instagram.
Menurutnya, akibat terlalu lasak sewaktu mengandung, menunggang kuda, bermain salji, bayi yang dikandung keluar sewaktu 33 minggu.
“Ramai sangat yang tanya kenapa sis terbersalin awal untuk pregnancy kalini? sebab sis lasak sangat ke pg Kashmir naik kuda lah main salji lah? haha lepastu ramai jugak nak tahu birth story Jasmine hihi. masa 32weeks 6days, petang tu air ketuban pecah jadi sis terus pergi hospital tp takde contractions pun masa tu n bukaan baru 2cm.
“Memandangkan terlampau awal lagi untuk baby keluar dan lungs dia masih tak matang, jadi doc nak tahan kalau boleh sampai 35weeks tapi dalam masa yg sama doc cucuk 2 dos Dexa (ubat matangkan paru paru baby) incase baby nak keluar awal, paru paru dia dah matang.”
Kata Adiela, bukaan pintu rahim yang terlalu cepat menyebabkannya terpaksa bersalin di dalam lift sewaktu sedang dalam perjalanan ke dewan bersalin.
“Esoknya dah 33weeks, lepas isya’ tiba tiba start contractions yang sangat kuat. Bila check baru 3cm, tapi makin lama makin kuat tahap tak tahan dah naik kejang kaki menahan sakit fuhh berpeluh gaiss. Masa tu sis sorang2 je menahan sakit yg teramat sangat, dengan air mata dh tak tahu berapa baldi sebab sakit gila.
“Rupanya dalam masa sejam tu kepala baby dah nampak dah, terlampau cepat contractions dari 3cm ke 10cm, cepat2 nurse n doc tolak pg labour room tapi punya la Jasmine tak sabar nak tengok dunia, dalam lif nak ke labour room sis dah teran dia keluar ahahaha dah tak tahan sakit sangat, i ols buat kerja sorang2 tak tunggu doc dah.”
Walaupun hanya seberat 1.94 kilogram, namun syukur anaknya selamat, cuma terpaksa dimasukkan ke NICU untuk pemantauan.
“Mama simpan cerita kelakar nie, nanti bila Jasmine dah faham kita boleh gelak sama sama k! haha tapi she is so small, only 1.94kg so kena duduk NICU for 14days tapi Alhamdulillah Jasmine sangat kuat dan progress dia cepat. Dia dh boleh discharge bila dh cukup 35weeks tanpa sebarang masalah Alhamdulillah,” ulasnya lagi.
Atas pengalaman yang dilalui, kata model ini lagi, dia menasihati ibu mengandung agar mengawal emosi supaya tidak tertekan.
“Berbalik kepada kenapa sis terbersalin awal, sebenarnya ada betulnya jugak sebab terlebih lasak PLUS masa tu sis agak stress. itu pun mengundang kepada early labour. jadi nasihat sis pada preggy moms, kena kawal emosi. jangan biarkan stress buat korang terbersalin awal. dapatkan support orang2 berdekatan kalau stress. kena bertenang je. kita tengah bawak satu nyawa baru, kalau boleh biar dia keluar dengan sihat dan kuat. kita pun tak risau dan kita pun boleh berpantang dengan tenang takyah ulang alik hospital mcm sis haritu. tapi kalau Allah dah tulis memang akan terbersalin sebelum waktunya, insyaAllah itula yg tebaik untuk kita,” tambah ibu kepada Jibriel Husshakir dan Jasmine Helena.
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...