Komposer senior, S Atan berpandangan unsur-unsur kemelayuan yang terdapat di dalam penghasilan lagu-lagu raya lama menjadi sebab mengapa karya-karya tersebut masih malar segar dan menjadi pilihan pendengar sehingga hari ini.
Menurut S Atan, meskipun zaman dah berubah, unsur-unsur kemelayuan tersebut tidak akan pernah lapok.
“Saya sebenarnya tak mahu campur kalau bercerita mengenai penghasilan lagu-lagu raya pada zaman sekarang.
“Kenapa lagu-lagu raya lama masih didengari sehingga kini? Walau bagaimana pun penciptaannya, lagu-lagu lama tetap ada unsur kemelayuan.
“Sebagai contoh, lagu raya yang saya cipta buat Datuk Sheila Majid, Hari Mulia, walaupun berentaz jazz tetap ada unsur Melayunya.
Ads
“Lagu-lagu seperti Dari Jauh Ku Pohonkan, Indahnya Beraya Di Desa dan Menjelang Hari Raya, masih lagi didengari sehingga hari ini. Walaupun, zaman dah berubah unsur Melayu itu tetap segar,” katanya kepada MH.
S Atan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya terbaru penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang berjudul Rindu Di Hari Lebaran baru-baru ini.
Katanya lagi, kebanyakan lagu raya masa kini tiada indentiti dan terikut-ikut trend negara barat.
Ads
“Maaf kata, lagu-lagu sekarang kebanyakkannya dah hilang kemelayuannya. Banyak terikut-ikut trend barat. Saya rasa perkara ini tak sihat.
“Mungkin ini sahajalah nasihat saya kepada para komposer baru. Kalau nak buat lagu raya, buatlah lagu berunsur kemelayuan.
“Buatlah apa cara sekali pun, unsur kemelayuan jangan ditinggalkan.
Tak perlulah ubah perkara ini.
Ads
“Kita orang Melayu. Kenapa nak buat lagu berentak ‘mat salleh’. Kita kena ada jati diri sendiri. Ambil contoh lagu-lagu di Indonesia, mereka ada indentiti lagu sendiri,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai penghasilan lagu Rindu Di Hari Lebaran, S Atan memaklumkan dia dan penulis lirik, Siso sepenuhnya hanya mengikut kehendak Jamal sendiri.
“Kali terakhir saya menghasilkan lagu raya untuk Jamal adalah lagu Salam Aidilfitri. Dia bagitahu jenis-jenis lagu yang dia mahukan. Dia minta lagu berenrak masri sebab lagu Salam Aidilfitri sudah berentak inang.
“Jadi, saya bersama Siso ikutkan sahaja. Terus kami hasilkan lagu yang terbaik dan terciptalah Rindu Di Hari Lebaran,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syarin menyatakan rasa teruja apabila berkesempatan untuk meluangkan masa bertemu dengan lagenda MotoGP, Valentino Rossi baru-baru ini
Menurut Hafizh, dia sememangnya berasa amat bertuah kerana dapat berkongsi litar bersama idolanya itu sepanjang menyertai saingan MotoGP satu ketika dahulu.
Ketika pertemuan tersebut, Rossi difahamkan telah menurunkan tanda tangannya pada koleksi-koleksi helmet yang dimilik oleh Hafidz.
“Grazie @valeyellow46 for sign my collection. #LivingLegend #VR46
“My dream come true and proud of myself can share the track with you, moment i will remember,” tulisnya.
Rasa teruja itu dikongsikan oleh pelumba NTS RW Racing GP itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, segala momen-momennya bersama juara dunia tujuh kali itu akan tetap bersemadi di dalam hidupnya sampai bila-bila.
Menerusi entri yang sama, Hafizh turut dilihat berkongsi sebuah foto yang dirakam bersama Rossi sewaktu dia masih lagi kecil.
Dikesempatan itu juga, Hafizh turut menitipkan ucapan tahniah buat Rossi yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Congratulations soon to be Daddy and i wish u the best in new life,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut berharap agar Hafizh juga dapat mengikut jejak langkah Rossi satu hari nanti.
“Gambar mahal ni.
“Wah, rasa bangga pun ada! Anak Malaysia satu track dengan Rossi.
“Boleh kayuh lagi sampai jadi legend macam dia Hafizh.
“Rezeki dunia Alhamdulillah.
“Kenangan terbaik dalam hidup buat Hafizh Syarin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Rossi telah pun mengumumkan persaraanya daripada MotoGP pada hujung musim 2021 selepas hampir 26 tahun mencipta nama didalam sukan permotoran tersebut.
Sekadar informasi, Hafizh pernah beraksi dalam kelas MotoGP pada musim 2018 dan 2019 sebelum beralih semula ke saingan Moto2.
Sumber: Instagram Hafizh Syarin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor menitipkan ucapan positif kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya sejurus dia diserang Bell’s Palsy baru-baru ini.
Menurut Adibah, meski pun dia mengalami sedikit kesukaran untuk bercakap tetapi dia percaya dengan menjalani beberapa siri rawatan lagi, wajahnya akan pulih seperti sedia kala.
“Assalamualaikum. Saya cuma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada anda semua, ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan-rakan di media sosial yang mencurahkan kasih sayang dan doa atas kesembuhan saya.
“Boleh nampakkan cara saya cakap pun lain. Gigi kat sini mulut dekat sana. InsyaAllah dengan terapi dan fisioterapi saya dapat pulih sepenuhnya.
“Tapi yang paling penting saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang bagi tips serta segala jenis cadangan terutamanya mengeani tempat-tempat fisioterapi dan jenis-jenis supplement,” kongsinya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Adibah menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter.
Dalam pada, Adibah turut mengakui dia berasa sangat terharu dengan kasih sayang dan keperihatinan orang ramai terhadap dirinya.
“Terima kasih sangat-sangat. Saya rasa sangat terharu dengan kasih sayang yang anda curahkan kepada saya. Stay safe semua,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat berkembangan terkini Adibah selain turut berharap agar penyanyi ini dapat sembuh seperti sedia kala dalam masa yang terdekat.
Media sebelum ink melaporkan, Adibah menghidap gangguan saraf tersebut ketika sedang menggosok gigi kira-kira tiga minggu lalu dan kini kini giat menjalani rawatan pemulihan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Trio komposer dan penulis lagu, MFMF meluahkan rasa bangga selepas lagu ciptaan mereka bersama penyanyi, Hael Husaini berjudul Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-35.
Menurut MFMF, mereka menyifatkan keputusan untuk berhenti daripada perkerjaan korporat seterusnya mengejar impian dalam bidang muzik adalah sangat berbaloi.
“Tak sangka dalam dua tahun sahaja, dari kami berhenti kerja dalam dunia korporat untuk mengejar impian untuk membuat muzik (walaupun semua orang asyik mengutuk kami yang kami akan gagal), sampailah kami ke semi-finals #MM35 dgn lagu #PeluangKedua.
“Terima kasih kepada semua yang telah mempercayai kami dan hasil kerja MFMF. @haelhusaini @nabila.razali
“Kami bersyukur sangat dapat berada di antara superstars terhebat Malaysia. Terima kasih! Dan tahniah kepada semua kawan-kawan kami yang juga masuk semi-finals!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Jelas MFMF lagi, meski ramai yang meragui kemampuan mereka ketika diawal kemunculan, tetapi mereka tetap tidak pernah patah semangat dan usaha mereka ternyata membuahkan hasil.
MFMF dianggotai oleh tiga orang anak muda berbakat iaitu Brenden Lim, Justin Seow dan Zen.
Selain daripada lagu Peluang Kedua, nama MFMF turut melonjak naik selepas kejayaan lagu Cute nyanyian asal Harith Zazman dan Loca B yang telah pun meraih lebih 13 juta tontonan di laman Youtube.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian membanggakan trio tersebut.
Terdahulu, senarai 30 buah lagu yang akan bersaing di peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-35 sudah pun diumumkan pada 2 November lalu.
Konsert separuh akhir Muzik Muzik ke-35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020.
Konsert ini bakal dihoskan oleh Haziq Hussni bersama gandingannya Sherry Al-Hadad dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Sumber: Instagram MFMF
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui kontroversi berkaitan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyebabkan beberapa rakan menjauhkan diri.
Menurut Rozita, 52, atau lebih dikenali...