Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa menegur sesetengah pihak yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan kontroversi membabitkan dirinya juga keluarga.
Di dalam sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya baru-baru ini, Neelofa pada masa sama turut menegur portal berkaitan susulan ‘headline’ yang digunakan.
“Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” tulisnya.
Neelofa, 32, menambah situasi berkenaan boleh mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet meski apa yang dikongsi adalah hal yang baik.
Ads
“Janganlah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap juga nak cari jalan supaya dikeji, dicaci maki.
”Metro dan Utusan boleh je buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik sahaja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?,” luahnya lagi.
Penyanyi Tom mendedahkan dia kini memilih untuk tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki demi memberi fokus dan komitmen terhadap dua anak lelaki yang dijaganya, Putera Edler dan Putera Evans.
Tom, 36, atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, anak-anak menjadi kurniaan paling bermakna selain mahu melihat anak membesar di depan mata dengan baik.
“Saya belum terbuka hati, saya sudah banyak lalui pelbagai perkara yang buat saya kecewa. Meski saya sayangkan bekas suami, tapi saya akui jodoh itu tak ada.
“Namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dikurniakan cahaya mata yang jadi pelengkap hidup. Itulah hadiah paling bermakna. Saya akan sayangi mereka sampai bila-bila.
“Tapi untuk buka hati pada lelaki, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih, cuma bukan sekarang. Setakat ini, saya anak beranak tak perlukan siapa-siapa, tak perlu orang ketiga. Saya nak fokus terhadap anak-anak dulu,” katanya kepada MH.
Tom yang kini sedang bersaing di dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bagaimanapun mengakui dia sebelum ini jarang menjalani kehidupan solo kerana sering mempunyai komitmen dalam perhubungan.
“Saya nak ada masa dengan cukup berikan perhatian kepada anak-anak dulu. Saya sebelum ini jarang ‘single’ (tidak berpasangan). Bila solo, saya rasa seronok. Akan tetapi saya akui pengalaman lalu banyak mengajar. Saya kini lebih berhati-hati dalam berkawan.
“Saya bertunang dan berkahwin pun pada usia muda. Sebelum ini, single paling lama pun dalam sebulan. Malah ada juga yang cuma mendekati, tapi saya tak boleh. Takut sekiranya saya ada pasangan, saya akan sayang dia lebih berbanding diri sendiri.
“Akhirnya kalau kecewa akhirnya makan diri. Anak-anak pun dalam proses membesar. Mereka memerlukan saya. Jadi tak perlu nak ada teman lelaki dulu. Risau nanti saya abaikan anak-anak.
“Apa yang saya boleh buat sekarang, cuba untuk menjarakkan hubungan itu. Selebihnya saya berdoa yang baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Tom mengakui dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dalam tempoh lapan tahun selain pernah bertunang dua kali.
Tom turut memiliki tiga cahaya mata, namun anak pertama, Megat Airel tidak dibesarkannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu hantaran video pendek yang dikongsikan penyanyi Nana Sheme sehari lalu di Instagram mencuri tumpuan peminat.
Menerusi video berkenaan, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini dirakam sedang menggayakan baju pengantin yang disusuli dengan kapsyen ringkas.
“Counting days, ready?,” tulisnya.
Berkongsi berita gembira, Nana menerusi media sebelum ini mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujang besama lelaki pilihan hati pada 22 Oktober depan.
Menurut Nana Sheme atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Hashimi, 27, dia bersama pasangan terdahulu mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Mengulas mengenai gerangan bakal suami, Nana memberitahu si dia berasal dari Pulau Pinang dan bertugas sebagai produser muzik.
Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Hazrul Nizam mengakui sehingga kini dia masih solo dan tidak pernah mendirikan rumah tangga.
Terbuka untuk berkongsi statusnya itu kepada peminat, Hazrul bagaimana pun tidak menafikan dia sebenarnya lebih gemar untuk tidak terlalu berkongsi hal privasi.
“Saya selesa begini memandangkan saya seorang yang ‘private’, termasuk mengenai ahli keluarga dan sebagainya. Biarlah keluarga sokong saya di belakang dan saya ke depan.
“Kalau ada orang bertanya (hal peribadi) juga, kita tengoklah sejauh mana. Kalau soal status saya tak pernah kahwin, masih solo.
“Saya terbuka jugalah untuk kongsi, selagi ia tidak menyentuh mengenai ahli keluarga. Kalau libatkan saya seorang, saya okay saja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hazrul,42, yang kian mendapat rentak selepas menerima markah rendah pada konsert pengenalan GV9 mengakui kini lebih selesa untuk membuat persembahan tiap minggu.
“Saya sudah rasa makin selesa membuat persembabahan. Pada masa sama, ramai juga penyokong yang beri kata semangat. Jujurnya pada minggu pertama saya lakukan riviu lihat balik persembahan, betul ke aku nyanyi begitu.
“Jadi saya kena buktikan sesuatu. Minggu kedua saya betul-betul nak buat yang terbaik dari segi nyanyian dan penghayatan juga. Alhamdulillah dan saya syukur bila lagu saya dikenali sehingga ke Malaysia, memang tak sangka,” katanya lagi.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video...