Dari setahun ke setahun, langkahnya kian melebar…

Neelofa, seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga seorang usahawan tudung yang terkenal. 

Neelofa kini menjadi artis yang punyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 5 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?

‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.

Di atas kejayaan itu juga, pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.

Ads

Suri Hati Mr Pilot dan Meletop di saluran Astro Ria juga menjadi medannya merapatkan jurang antara peminat dan bintang selebriti yang lain.

Menurut Nelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom kita tengok :

1) Cabar Diri Sendiri

Neelofa Kongsi Tips untuk Berjaya

Adakah anda sering mersai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama?Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.

Ads

2)Positif

Neelofa Kongsi Tips untuk Berjaya

Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke  arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.

3)Self-realisation

Neelofa Kongsi Tips untuk Berjaya

Ads

Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.

4) Self-talk

Neelofa Kongsi Tips untuk Berjaya

Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.

Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!

Sumber : era.fm

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI