Amboi MH diberitahu oleh seseorang pengikut kami mengatakan Nazim Othman tidak membenarkan sesiapa menyentuh rambut dan wajahnya. Baik make up artis mahupun sesiapa.

Pelik juga bila dengan ‘mulut-mulut jahat’ yang disampaikan ini, kami memang tahu Nazim memang agak cerewet bila menyentuh soal penampilan, kerana dia memamg menjaga imejnya.

Namun jika sampai tidak membenarkan mana-mana make up artis menyentuhnya itu pelik pula rasanya.

Nazim Othman Berlagak Diva, Tak Benarkan Orang Sentuh Rambut Dan Wajahnya?

Ads

Tetapi bila selidik punya selidik rupa-rupanya Nazim bukanlah cuba berlagak diva seperti yang disangkakan.

Sebenarnya melalui sebuah akhbar tempatan Nazim memberitahu dia sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk menjaga imejnya demi menjayakan watak yang dipegangnya dalam drama Mona Lisa.

Ads

MH difahamkan Nazim sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membeli sut sebanyak 40 pasang dan pakaian kasual yang lain demi drama ini.

Nazim Othman Berlagak Diva, Tak Benarkan Orang Sentuh Rambut Dan Wajahnya?

Ads

Malah, Nazim ada menjelaskan sebenarnya dia lebih selesa jika dirinya sendiri yang mengayakan penampilannya, jadi dia sanggup bersiap awal sebelum ke lokasi pengambaran dan make up artis hanya touch up apa-apa yang patut sahaja.

Wow, mujurlah Nazim memang pandai mengayakan dirinya sendiri. Lagipun jimat tenaga make up artis untuk siapkan casting-casting yang terlibat kan?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI