
Penyanyi Naufal Azrin dilihat kembali berkongsi video Instagram lamanya yang dimuat naik lebih setahun lalu ke Insta Stories, pada Khamis.
Tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak, video berkenaan dipercayai ada kaitan dengan tuntutan baki hutang.
“Up balik (video), sebab tak bayor-bayor (bayar-bayar) lagi. Janji berbakul bakul dah, tapi haram, bakul kosong.
“Habis bulan 6 (Jun) ni kalau tak bayar lagi kita tunjuk muka handsome dia. Ini kali kita buat kasi lingkup,” jelasnya.


“Al Hasilnya Kau Tunggu Boh.”
Menerusi hantaran sama, Naufal atau nama sebenarnya Ahmad Naufal Azrin, 27, juga menanti apakah perkembangan daripada perkara tersebut.
“Mak Ayah aku ajar untuk jadi baik. Lepas jumpa manusia ni, aku slow-slow dah belajar cara jadi jahat. Al hasilnya kau tunggu boh,” tulisnya lagi.
Menerusi hantaran seterusnya, Naufal sekali lagi berkongsi mengenai isu sama.
“Saja nak meroyan jap. Bosan,” tulisnya ringkas pada video yang dimuat naik.
Dalam pada itu, media pada Khamis melaporkan penyanyi berkenaan mendakwa dia masih belum menerima baki hutang daripada individu yang masih dirahsiakan identitinya, meski lebih setahun menunggu.
Malah jelasnya lagi, hasil perbincangan dengan pihak terbabit setakat ini turut gagal menemui jalan penyelesaian yang terbaik.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




