Akibat tiada persefahaman, anggota kumpulan Search, Nasir Daud, 57, mengambil pendekatan untuk memutuskan ikatan pertunangan dengan wanita pilihannya, Henna Hassan, 35.

Rentetan itu, Nasir mengakui terpaksa membatalkan rancangannya untuk menikahi wanita kelahiran Sabah itu, pada Disember ini.

“Saya dan Henna bertunang selepas dua bulan berkenalan. Mungkin kenal pun sekejap, jadi hubungan itu mula bermasalah.

 

“Kami pun dah jarang berhubung. Dia pun macam tak minat nak teruskan hubungan lagi,” katanya pada Media Hiburan.

Bagaimanapun, Nasir yang juga pemain bass Search mengakui sukar menjelaskan situasi yang berlaku di antara mereka.

IKLAN

“Sebenarnya, susah nak saya jelaskan.

 

“Tapi, saya lihat kerana tiada persefahaman daripada segi ideologi, bahasa, budaya dan beberapa perkara berkaitan,” katanya.

Lantaran itu, Nasir bercadang untuk bertemu dengan keluarga wanita tersebut untuk memutuskan hubungan secara baik, dalam masa terdekat.

“Keluarga kedua belah pihak belum diberitahu tetapi kami akan jelaskan nanti.

 

“Biarlah ia setakat ini, saya tak nak masalah sama berulang lagi, selepas ini.

 

“Lagipun, saya anggap tiada jodoh di antara kami…,” katanya.

Nasir dan Henna yang juga penyanyi kumpulan Noname mengikat tali pertunangan pada 25 Mei lalu.

IKLAN

Sebelum itu, Nasir pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Suhaina Yahya tetapi bercerai sejak lima tahun lalu.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup dengan Suhaina, mereka dikurniakan dua anak iaitu Putera Najmi Ratna Anati, 26, dan Isabella Ratna Dewi, 18.

Teks oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI