Pendakwah Ustaz Ahmad Dasuki menitipkan nasihat buat para isteri yang mempunyai masalah rumah tangga supaya tidak membuka aib sehingga menjadi tatapan umum.

Perkara tersebut dikongsikan Ahmad Dasuki menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Ahmad Dasuki antara lain turut menyeru setiap pasangan yang berkahwin untuk mendekatkan diri kepada Allah demi keharmonian perkahwinan yang dibina.

“Khabarkan kepada setiap isteri mukminah, tutuplah aib rumah tangga kalian daripada terbuka dan di dedah dalam kalangan masyarakat awam.

IKLAN

“Allah membuka jalan perdamaian dengan kedua-dua bertaubat dan kembali kepada Allah. Cintailah Allah, rumah tangga kita selamat,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Dasuki turut berkongsi tangkap layar berita prosiding perceraian pelakon Bella Astillah yang terkejut apabila suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz tidak menceraikannya hari ini.

IKLAN

Malah, Ahmad Dasuki turut menjelaskan Ramadan bukanlah bulan perceraian ,sebaliknya ambillah peluang untuk memohon keampunan.

“Khabarkan kepada semua mukmin dan mukminah, Ramadan bukan bulan perceraian dan melakukan dosa.

IKLAN

“Ramadhan Allah jadikan bulan keampunan dan maghfirahnya yang terlalu luas. Khabarkan lagi kepada para suami, bawalah rumah tangga kalian ke syuga Allah, bukan menghancur dan memusnahkan rumah tangga dengan kemaksiatan yang menghilangkan keberkatan,” katanya lagi. 

Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka dan disusuli ratusan komen.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI