Baru-baru ini, kumpulan wanita, The Gadys telah dikritik hebat susulan
kegagalan menyanyi dengan baik dalam satu program hiburan, baru-baru ini.

Mengulas mengenai insiden tersebut, penyanyi Aina Abdul berharap agar kejadian ini dapat dijadikan pemangkin semangat buat anggota The Gadys untuk memperbaiki kualiti nyanyian pada masa akan datang.

Nasihat Aina Abdul Buat The Gadys, Pihak Pengurusan Kena Beri Komen Jujur – “Gunakan Momen Ini Untuk ‘Balas Dendam’.”

“Saya tak salahkan mereka. Mereka diletakkan di dalam situasi itu tanpa mereka tahu pengakhirannya akan jadi sebegitu. Nasihat saya, inilah masa terbaik untuk balas dendam.

“Balas dendam tak semestinya membawa maksud buruk. Ia bukan bermakna kita kena berbalas komen di media sosial. Bila orang menghentam, kita balas dengan pergi ke kelas vokal.

“Ini juga merupakan satu publisiti yang baik buat mereka. Balas semula dengan perkara-perkara yang positif,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai masalah nada nyanyian yang dikatakan telah diubah ketika persembahan, Aina berpandangan perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi.

IKLAN

Nasihat Aina Abdul Buat The Gadys, Pihak Pengurusan Kena Beri Komen Jujur – “Gunakan Momen Ini Untuk ‘Balas Dendam’.”

“Saya tak tahu situasi sebenar. Apa yang saya tahu, kalau kita sudah berlatih, nada itu jugalah yang kita kena gunakan ketika persembahan.

“Kalau terjadi masalah nada nyanyian, berhenti sahaja menyanyi dan minta nada yang sepatutnya. Kita kena ada pendirian kerana ia akan memudaratkan diri kita sendiri,” ujarnya lagi.

Pemenang hatrik Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagi itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur pada Selasa.

IKLAN

Dalam pada itu, Aina turut menasihatkan pihak pengurusan untuk sentiasa bersikap jujur demi kebaikkan artis mereka.

“Sesiapa yang menjaga dan menguruskan mereka, perlu bercakap jujur. Bila berada di dalam industri, kita perlukan orang sebegitu.

“Setiap kali habis persembahan atau latihan, saya akan tanya maklum balas team saya. Menjadi anak seni, ada kalanya, kita merasakan diri kita selalu betul dan tiada lagi yang perlu diperbaiki.

“Sebenarnya tidak. Bila kita sudah terlalu ghairah, kita terlupa apa yang kita perdengarkan.

IKLAN

“Sebab itu kita perlukan orang sekeliling yang cakap perkara benar walaupun kedengaran pahit. Setidaknya kita sedar kesilapan dan boleh perbaikinya,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Aina turut menasihatkan anggota The Gadys untuk kerap berlatih terutamanya untuk menguatkan otot perut.

Nasihat Aina Abdul Buat The Gadys, Pihak Pengurusan Kena Beri Komen Jujur – “Gunakan Momen Ini Untuk ‘Balas Dendam’.” Nasihat Aina Abdul Buat The Gadys, Pihak Pengurusan Kena Beri Komen Jujur – “Gunakan Momen Ini Untuk ‘Balas Dendam’.”

“Mereka bukan tak boleh menyanyi. Boleh sahaja tapi perlu diasah lagi. Mereka perlu kuatkan bahagian perut.

“Jangan rasa down, setidaknya anda berpeluang menyanyi di atas pentas. Orang yang komen itu pun kita tak tahu mereka nyanyi macam mana. Anda ada keberanian,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI