“Nasib Tak Berjalan Atas Air, Kalau Tak Naya…,” – Neera Azizi Meracau Sampai Mengilai, Zalif Sidek Kongsi Kisah Seram

Pelakon, Zalif Sidek berkongsi detik menyeramkan sewaktu dia dan rakan-rakan artis yang lain sedang menjalani sesi pengambaran untuk salah satu episod bagi drama terbaru yang berjudul Malaysian Ghost Story.

Menurut Zalif, sewaktu sesi pengambaran sedang giat dijalankan, beberapa pelakon wanita difahamkan telah ‘diganggu’ sehingga menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa dihentikan buat seketika.

Kesemua mereka difahamkan sedang menjalani sesi pengambaran bagi episod yang mengetengahkan mengenai lagenda, Ulek Mayang.

Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan pelakon, Neera Azizi yang dilihat sedang cuba ditenangkan oleh kru-kru produksi selepas dia didapati tidak menyedarkan diri.

Selain Neera, antara pelakon-pelakon lain yang turut diganggu termasuklah Ara Johari dan Didi Astillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Kejadian sebenar. “Neera azizi! Neera Azizi! Dia Boleh Gelak Mengilai Je.
Kejadian ni betul-betul berlaku depan mata semasa tengah shooting Drama “Ulek Mayang” Ini.

IKLAN

“Mangsa Pertama @neeraazizi mula mula kene pastu berjangkit hampir kena @arajohari @didiastillah @schalysa_ tapi mereka semua alhamdullilah cuma penari talent yang lain berjangkit-jangkit sampai empat orang sekali,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Zalif menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Zalif mendedahkan situasi tersebut akhirnya berjaya dikawal dengan bantuan individu yang lebih arif.

Katanya lagi, insiden tersebut berkemungkinan besar berlaku disebabkan lokasi resort tersebut yang telah lama ditinggalkan sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Alhamdullilah tak lama semuanya selesai dan kita boleh jalankan penggambaran. Fuhhh hardcore benda ni. Nasib baik tak berjalan atas air pantai. Kalau tak naya Pak Karimmmm.

“Sebab apa? Sebab resort tu lama dah tutup sebab pendemik lockdown PKP semua. Jadi kami kumpulan pertama checkin resort tu lepas PKP! Nahh,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut selain turut menasihati para pelakon untuk sentiasa beringat dan mengawal diri terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang telah lama ditinggalkan.

“Ulek Mayang memang keras sikit. Lagi-lagi kalau buat lepas Magrib dan malam. Memamg senang nak kena ganggu.

IKLAN

“Ulek mayang memang jangan main-main. Banyak dah kes.

“Pergh menyeramkan. Takutnya dengar dia mengilai.

“Ya Allah. Allahuakbar. Nasib baik tiada apa yang tidak diingini berlaku. Ulek Mayang ni keras,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, drama seram, Malaysian Ghost Stories telah mula bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria atau pun strim di mana-mana sahaja menerusi platform Astro Go.

Drama 18 episod ini menampilkan pelbagai kisah misteri yang dikaitkan
dengan permasalahan dan mahkluk halus yang popular di kalangan masyarakat nusantara.

Sumber: Instagram Zalif Sidek & Ara Johari