Pengacara dan penyampai radio popular Sharifah Shahira, memanjatkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Airell Zulkifly, 18, terselamat dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, awal pagi semalam.
Menurut Shahira, pada mulanya, anaknya itu enggan menceritakan mengenai kejadian sebenar sebaliknya hanya memberitahu bas yang dinaikinya itu telah rosak.
“Anak aku dalam bas ni pagi tadi. Alhamdullillah okay dah ada dekat rumah. Dia tak nak cakap dia kata bas rosak
“Nasib dia duk blakang. Mak tak henti doa untuk anak-anak. Allahuakbar. Dekat Jasin.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi perkongsian di Instagram stories pula, Shahira turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang telah mengalami beberapa kecederaan ringan dalam insiden kemalangan tersebut.
Ads
“Di dahi dan hidung ada kesan calar. Mulanya dia kata ia hanya jerawat sahaja. Gigi di bahagian bawah pula ada patah sikit. Kaki pun luka sikit.
“Nasib baik la dia duduk belakang. Yang lain-lain semuanya okay,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti akui terkejut dan turut bersyukur segalanya baik-baik sahaja buat anak lelaki Shahira itu.
“Allahuakbar, Alhamdulillah semuanya selamat.
Ads
“Allahuakbar. Mujur tiada apa-apa. Allah lindung dari kecelakaan.
“Kecut peruk membacanya. Semoga kita dijauhkan daripada perkara macam ni.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.
“Syukur selamat semuanya. Perkara yang mak-mak takutkan,” antara komen-komen di Instagram.
Ads
Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota daripada BBP Jasin Bestari dan Tangkak digegaskan ke lokasi.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.
“Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan EMRS untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.20 pagi tadi (Ahad).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharifah Shahira, Sinar Harian.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui pelakon dan pelawak, Zizan Razak merupakan seorang selebriti yang cinta akan sukan permotoran.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Zizan selalu berkongsi mengenai minatnya itu bersama pengikutnya di media sosial.
Terbaru, Zizan ada memuat naik sebuah video yang memaparkan pelakon tersebut sedang memandu uji jentera barunya Yahama Y150 yang telah siap dimodifikasi.
Drama rantaian berjudul Kau Cipta Kasih yang bersiaran di slot Samarinda, TV3 telah mendapat perhatian serta pujian para penonton setia drama tempatan.
Setelah hampir empat minggu bersiaran, drama bersiri ini bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan disiarkan malam ini.
Pada masa sama, bintang utama Kau Cipta Kasih, Uyaina Arshad turut memaklumkan perkara tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
“Kau Cipta Kasih Second last episode tonight! See youuuu pukul 10 malam ni k! @nazimothman @tv3malaysia @dramasangat #Samarinda #KauCiptaKasih #DramaSangat,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat drama berkisahkan konflik kekeluargaan ini adalah sebuah naskah yang bagus untuk tontonan umum.
“Ala dah nk hbis laa best sgt cerita niy jln cerita dy Hrp ade la season tuu x gituw,” tulis seorang wargamaya.
“Terminat dgn @uyainaarshad sejak tengok drama ni seoramg wanita yg kuat dan tabah! Fuhhhh,”puji lagi seorang peminat.
“cerita keluarga menyentuh hati….love U All,” luah seorang peminat yang lain.
Selain Uyaina, drama ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nazim Othman, Nafiz Muaz, Norlia Ghani, Sherie Merlis, Fify Azmi dan ramai lagi.
Kau Cipta Kasih arahan oleh Nazir Jamaluddin ini telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di slot Samarinda, TV3 bermula 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ahli perniagaan berjaya, Syifa Melvin tidak menafikan istilah ‘bimbo’ sering dikaitkan dengan wanita yang berpenampilan menarik.
Bagaimanapun jelas Syifa, perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana andai tidak tahu dalam sesuatu, kita boleh cuba belajar untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Perempuan cantik yang dikaitkan dengan perkataan bimbo itu sudah biasa dengar, sebab kadang-kadang ada yang buat ia sebagai bahan jenaka.
“Akan tetapi, bagi saya…’biarlah bimbo-bimbo aku pun, aku cerdik dan banyak duit. Itu yang penting.
“Malah rasanya kalau bimbo, kita boleh cuba berubah dengan mencari ilmu,” jelasnya jujur.
Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.
Kini berjaya membuktikan kredibilitinya dalam dunia perniagaan, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga menyifaykan sukses yang diraih kini adalah hasil kerjasama yang baik di antara mereka adik-beradik.
“Setakat ini, saya tidak pernah menerima kecaman sedemikian secara langsung.
“Cuma apa yang boleh saya kongsi, apa yang kami kecapi menerusi Kekasih ketika ini adalah suatu ‘dendam’ terbaik.
“Perkara itu sudah dibuktikan menerusi pelancaran ini,” katanya yang turut terharu atas sokongan ramai pihak yang turut bersama-sama mengembangkan empayar niaganya.
Terdahulu pada majlis berkenaan, The Melvins yang dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa juga turut melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.
Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, pembayang mata serta pembayang pipi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.