Memaparkan suasana nyaman di kampung isteri, Achey dilihat baru tiba dari Kuala Lumpur untuk menyambut cuti musim perayaan.
Menurutnya, keluarga mertua adalah satu-satunya keluarga Melayu di kampung itu. Sedang asyik berpusing menunjukkan keadaan sekeliling, tiba-tiba seekor anjing meluru ke arahnya.
“Terkejut aku.
“Kau ni buat hal lah anjing,” katanya sambil ketawa.
Berkongsi kata-kata semangat sewaktu menjadi juri Mikrofon Impian menerusi laman Instagram, Elyana menjadi inspirasi buat pesakit kanser apabila terus positif menjalani kehidupan harian.
Tersentuh apabila salah seorang peserta Mikrofon Impian ditimpa ujian kanser rahim tahap 4, ulas Elyana, apabila seseorang sakit, sedikit bahagia pun mampu membuatkan seseorang itu untuk terus bangkit dan ‘hidup’.
Disahkan mengidap kanser limfoma tahap 4, penyanyi Kalis Rindu ini berkongsi bahawa dia tidak mahu menunjukkan kesakitan kepada umum, sebaliknya lebih suka memperlihatkan sisi positif dalam diri.
“Orang Yang Sakit, Dia Simpan Semuanya Dalam Senyuman.”
Pecah perut melihat video yang dimuat naik Zain Hamid di laman Instagramnya.
Mengimbau babak paling istimewa Keluarga Iskandar pada musim kedua pada tahun 2014, kata Zain, Keluarga Iskandar sedang dalam pembikinan filem.
“Sempena 2019 ni kami tgh shoot keluarga iskandar the movie,jom kita throwback scene family keluarga iskandar series season 2 tahun 2014 ok.dan tlg baca caption ok ni bukan latest.ni throwback nya scene.”
Baru-baru ini, isu rumah tangga pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Nabila menjadi perbualan di laman media sosial.
Semuanya gara-gara status mereka yang dikongsi menerusi media sosial masing-masing hingga menimbulkan spekulasi.
Lalu ada segelintir netizen yang memberi kecaman dan pendapat berbaur negatif kepada Sharnaaz di laman media sosial Twitter.
“Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu.
“Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk” tulis netizen.
Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu. Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk ?
Lantas, twit tersebut telah dijawab oleh Sharnaaz dengan memberi nasihat kepada individu tersebut.
“Sabar, belum masa awak diuji.. nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.. ni semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar cash.. sabar ye cik masa awak akan tiba nanti” tulisnya.
Sabar, belum masa awak diuji.. nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.. ni semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar cash.. sabar ye cik masa awak akan tiba nanti. https://t.co/e1ya0TAWuL
Rata-rata netizen mendoakan rumah tangga Sharnaaz dalam keadaan yang baik baik sahaja dan mengharapkan segala urusan dipermudahkan.
Sebelum ini, kecoh di laman media sosial mengatakan Sharnaaz menghadapi masalah rumah tangga bersama isterinya. Namun, sehingga kini tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak mengenai isu ini.
Untuk rekod, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.
Foto : Twitter Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.