Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon, telah selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka baru-baru ini.
Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan mengenai kesejahteraan isteri serta bayinya itu.
“Syukur Alhamdulillah, Ozlyn telah selamat malahirkan anak ke enam kami. Terima kasih pada yg mendoakan.
“Tak putus-putus terima mesej tahniah. Nanti kita belanja muka baby ok. InsyaAllah. Know know bersalin,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh penyampai radio, Era FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Johan turut memaklumkan dia akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai keadaan isteri dan bayinya itu menerusi sebuah video yang akan dimuat naik di saluran Youtube miliknya dalam masa yang terdekat.
Ads
Assalamualaikum semua, mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang kelahiran baby saya. Dan yang paling penting sekali Ozlyn telah pun selamat melahirkan.
“Apa-apapun, saya akan update dekat YouTube saya. Saya akan share mengenai anak saya yang pertama hinggalah yang ke enam.
“Harap-harapnya bermanfaat. Jangan lupa follow saya di Youtube. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Johan selain turut mendoakan agar keadaan isteri serta anaknya akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Tahniah. Dalam diam-diam, tahu-tahu baby dah keluar,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Ads
Baru-baru ini, pihak Era FM ada memaklumkan mengenai berita kehamilan Ozlyn menerusi sebuah entri yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi stesen radioa berkenaan.
“Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021.
“Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA! 😂 #sharERA @jozlynnhanania,” tulis pengendali akaun tersebut.
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania & Era FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persoalan mengenai seorang pelawak yang ditahan reman oleh pihak polis pada Isnin lalu akhirnya terjawab.
Memetik laporan Mstar, pelawak Mamat Sepah mengakui dia dan isteri Nordiana Ibrahim merupakan dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran makluman dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad memberitahu, dia dan isteri telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.
“Ya memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini.
“Alhamdulilah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala pelawak itu pula pada petang Khamis.
Pasangan ini dibebaskan dengan jaminan polis.
Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan lawak Sepah ini enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengaitkan dirinya dalam penyebaran maklumat itu.
“Untuk perkara itu saya rasa lebih baik pihak peguam saya yang bercakap kerana ia berkaitan undang-undang kan,” ujarnya.
Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris memberitahu kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis.
Lantaran itu, Fadhli meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menganggu proses siasatan pihak polis terhadap anak guamnya.
“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya.
“Proses siasatan ini masih dijalankan jadi saya nak menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan seorang pelawak ditahan bersama isterinya bagi membantu siasatan penyebaran maklumat di aplikasi telegram berkaitan gambar lawatan
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan di IPD Shah Alam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 danSeksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Isteri Mamat merupakan seorang anggota polis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mamat Sepah & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!