“Nampak Macam Sebaya,”- Zul Ariffin Kongsi Foto Bersama Norman Hakim, Ada Yang Kata Dua ‘Hero Awet Muda’

Share

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon tampan dan kacak, Zul Ariffin yang sering menjadi perhatian peminat.

Pelakon tampan asal Taiping, Perak ini ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin telah berkongsi gambar dia bersama pelakon Norman Hakim ketika menjalani set pengambaraan bersama di sekitar Johor Bahru.

Difahamkan, mereka kini sedang menjalani pengambaran bersama untuk sebuah filem aksi berjudul JRetribusi.

“Glad to have my brother@normanhakim_786 on board with us on #JRetribusi,” tulisnya.

Lalu, perkongsian bintang filem J Revolusi ini mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat memberi memuji wajah kedua-dua pelakon yang kelihatan sangat kacak dan muda meski berbeza umur lebih 10 tahun.

Foto : Instagram Zul Ariffin

IKLAN