Debarannya kian terasa. Kurang daripada 24 jam sahaja lagi, kita akan ketahui siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara edisi pertama pencarian Ratu Hijabista 2020 pada pentas akhir malam ini.
Turut memeriahkan episod akhir, Ratu Hijabista 2020 bakal diserikan dengan persembahan pemenang Top Top Meletop Anugerah Meletop Era 2019, Khai Bahar.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Katanya, Khai akan membawakan lagu Gadis Melayu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah. Memang kenalah dengan semua ratu-ratu kita malam ini.
Macam mana agaknya Khai akan bawakan lagu ini dengan versinya sendiri? Nak tahu, kenalah tonton versi penuh malam ni.
Jika kita ada pememang Top Top Meletop ketegori lelaki, tak sah la kalau tiada pemenang ketegori wanitanya pula. Ya, penyanyi, Siti Nordiana turut bakal membuat penampilan istimewa pada malam ini.
Bakal membawakan lagu Gadis Dan Bunga yang pernah dipopularkan oleh penyanyi senior, Rahimah Rahim, persembahan Nana pastinya akan mempesonakan para penonton di studio dan juga di rumah.
Dalam pada itu, Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 bakal dihangatkan lagi dengan persembahan daripada penyanyi yang juga merupakan juri tetap program nyanyian Big Stage 2020, Faizal Tahir.
Dengan membawakan single popularnya yang berjudul Ratu, persembahan Faizal ini pastinya akan menjadi antara momen-momen indah buat kesemua finalis Top 12 Ratu Hijabista yang telah bersaing selama lapan minggu.
Empat orang finalis akan berentap pada malam ini namun, hanya seorang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Saksikan Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang akan dipancarkan secara lansung di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go, jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang membuat promosi produk makanan kesihatan milikya, baru-baru ini.
Menerusi rakaman tersebut, gelagat comel anaknya, Siti Aafiyah yang kelihatan beberapa kali cuba mencium perut Ibunya mendapat perhatian wargamaya.
“BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 DM @beausitiofficial untuk join telegram BEAUSITI KONGSI KAYA 2.0 SUPPORT GROUP & dapatkan link anda dengan hanya mengikuti langkah2 yg telah diberikan dalam telegram! Jom JANA PENDAPATAN TANPA MODAL hanya dengan BEAUSITI,” tulisnya pada ruangan komen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat secara tak langsung cuba meneka dan membuat spekulasi bahawa bintang kesayangan ramai kini sedang hamil anak kedua.
Sekadar informasi, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sebelum ini, Siti ada menyatakan kesediaannya untuk hamil sekali lagi sementelah puteri sulungnya itu sudah mencecah usia lebih 2 tahun.
Video: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas fesyen terkenal yang pemilik bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah pun selamat bersalin, figura ini ada memuat naik foto keluarga kecilnya di Instagram.
Meramkan foto bertiga saat isterinya masih lagi berada di katil hospital, para pengikutnya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Rizqaa itu.
Sekeping nota ringkas daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang dikirimkan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri MTV Asia Awards...