Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu saat melihat suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang sentiasa berada di sisi menjaganya ketika sakit.

Menurut Almy, terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan suaminya dalam memastikan segala urusan kekuarga dapat berjalan dengan lancar.

View this post on Instagram

Smlm pertama kali tgk dia sedih 😭😭 masa kami nak masuk bilik ot,nampak ja dia kuat,tp dlm hati dia hanya allah ja tahu 😭 mana nak pk wife sakit mana nak pk anak2 lagi,mana nak pk keja lagi,makan minum diri sendiri terabai sbb wife sakit.. tapi ini lah nyawa kami,dikala kami sakit,pening dia sentiasa ada..nampak dia garang,tp sebenarnya hati dia lembut sgt.. sayang mama minta maaf sbb mama bnyk susahkan syg 😭😭,mama bnyk sakit,mama susahkan syg utk jaga mama ms sakit,,maafkan mama syg,, mama love syg dunia akhirat,mama doakan syg murah rezeki,panjang umur..terima kasih syg sbb ada dgn mama ms sakit,susah senang bersama,mama sgt sgt bersyukur.. tiba2 😭😭😭😭 sbb pengorbanan syg terlalu besar utk mama ngan anak2 dan syg bnyk berkorban utk diri sendiri 😭😭 .. mama love syg..😘😘❤️❤️😭😭😭😭 tq love @fizzfairuzofficial @fizzfairuzofficial

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial) on

“Semalam pertama kali tengok dia sedih masa kami nak masuk bilik ot, nampak ja dia kuat, tapi dalam hati dia hanya Allah ja tahu.

“Mana nak fikir wife sakit mana nak dikir anak-anak lagi,mana nak fikir kerja lagi, makan minum diri sendiri terabai sebab wife sakit.

“Tapi ini lah nyawa kami,dikala kami sakit, pening dia sentiasa ada. Nampak dia garang, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Almy menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat Datuk Fizz kerana sentiasa ada bersamanya dikala senang atau susah.

“Sayang mama minta maaf sebab mama banyak susahkan sayang, mama banyak sakit, mama susahkan sayang untuk jaga mama masa sakit.

IKLAN

“Maafkan mama sayang mama love sayang dunia akhirat, mama doakan sayang murah rezeki, panjang umur.

“Terima kasih sayang sebab ada dengan mama masa sakit, susah senang bersama,mama sangat-sangat bersyukur.

“Tiba-tiba sebab pengorbanan sayang terlalu besar untuk mama ngan anak-anak dan sayang banyak berkorban utk diri sendiri. Mama love syg. Thank you love,” katanya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji keakraban pasangan ini selain turut mendoakan agar Almy segara sembuh.

“Nampak Garang Tapi Hati Lembut,” – Jalani Pembedahan Buang Batu Karang, Datin Almy Nadia Cerita Pengorbanan Suami, Datuk Fizz Fairuz “Nampak Garang Tapi Hati Lembut,” – Jalani Pembedahan Buang Batu Karang, Datin Almy Nadia Cerita Pengorbanan Suami, Datuk Fizz Fairuz

Terdahulu, menerusi laporan Gempak, Datuk Fizz memaklumkan isterinya telah pun selamat menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu selepas menderita sakit tersebut selama sebulan.

Sumber: Instagram Datin Almy Nadia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI