Penyanyi, Aisyah Aziz ada memuat naik satu rakaman video menerusi di laman media sosial Instagram miliknya.
Dapat dilihat, adik kepada Aliff Aziz itu anggun mengenakan persalinan rona putih.
“aaahhh sis still livin this look!!! all love to the A team cause im always approacing things n feelings the very last minute but my sisters came thru! i love yous. fkn vibe’s goooood dress & styling by yang manes @shahreens i loved spending my day with you cari cari kain.
“lets make more dresses together pleeeease @amyynadiaa done nailed it. worked her magic on my crown n its so sparklin! oouuh dan Art ofcourse painted by stunna @attyusofthanks for always getting me @effahh hahah girl you breezy i love you xxx,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian video dari penyanyi lagu Bila Entah itu menerima kecaman gara-gara mengenakan persalinan yang mendedahkan bahagian belakang badan.
Ads
Ads
Di samping itu, ada juga peminat yang memuji penyanyi kelahiran Singapura ini kerana kelihatan sangat menawan.
Ads
Untuk rekod, Aisyah merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.
Santai dan bersahaja. Itu gelagat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beraksi di dapur.
Momen tersebut dikongsikan penyanyi lagu Anta Permana itu di Instagramnya.
“Masak apa tu CT? Kalau nak tengok gelagat saya di dapur, jangan lupa tonton video penuh di youtube Siti Official Video. Jangan lupa subscribe ya!!,” tulinya.
Sambil menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, TokTi dilihat seronok memasak beberapa juadah enak.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa itu.
Sementara itu, menerusi video rasmi Siti Official Video di Youtube, gelagat puteri kecilnya,Siti Aafiyah turut memasuki ruang dapur, lalu didukung TokTi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 300,000 tontonan di Youtube.
Video : Intagram CTDK/ Youtube / Siti Official Video
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Siti Elizad Sharifuddin mengakui meninggalkan rutin cantiknya secara klinikal sementara waktu bagi memberi ruang buatnya dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Malah katanya kepada MH, dia dan suami juga ada terfikir untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
“Saya dah tak lalukan apa-apa rutin rawatan kecantikan kira-kira sejak setahun lalu. Sebabnya bimbang ia boleh mengganggu usaha.
“Namun jujurnya saya baru saja terfikir untuk melakukan kaedah IVF, cuma saya lebih selesa untuk bertanya pakar terlebih dulu sebelum melakukan kaedah tersebut.
“Akan tetapi, saya jarang untuk kongsi apa yang kami cuba usahakan sebabnya tak kanlah saya nak cerita dari A hingga Z. Sebenarnya tiap tahun saya cuba tetapi saya sangat terbuka untuk bercerita kalau ada yang tanya.
“Tak kisah untuk berkongsi kerana saya ibaratnya mewakili wanita di luar yang senasib positif dan tak sedih,” kongsi Elizad yang pada masa sama turut melakukan kaedah rawatan tradisonal.
Cumanya untuk tempoh sekarang, dia lebih selesa untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar.
“Saya pun pergi berurut juga. Semua tempat yang ada tawarkan perkhidmatan sedemikian, saya cuba untuk pergi. Cuma sekarang saya dapatkan nasihat doktor.
“Perlu bermula dari bawah dan dia ada sarab untuk mendapatkan ubat kesuburan terlebih dulu.
“Tapi kalau saya buat (IVF), saya akan kongsikan pada semua. Saya akan bagi tahu sebab saya nak wanita yang sama kisahnya dengan saya dapat manfaat dan informasi. Begitu juga dari segi harganya,” akhirinya lagi.
Elizad, 34, telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah memperkenalkan ahli keluarganya yang terdiri daripada ibu serta adik beradiknya.
Malah, Sheikh Muszaphar bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyanyang dan saling memhami.
“Pic – Mum’s place. I have 5 Brothers with ages from 49, 48, 47 ( that’s me ) , 44 ( passed away when I was in Space ) & 41 .
“4 of us including my Mum are July babies while the other Two are August babies – hence the Birthday Celebration last nite.
“We are all 6 foot tall including Dad as we started swimming from the age of 3 – Dad was our Coach as we represented our State and SUKMA throughout the years .
“Mum has 12 grandchildren with 5 Boys & 7 Girls .
“All of us come with Degrees as our late Dad promised us a Million Each only if all the Brothers achieved them – Haha Such a Motivation .
“All Brothers live in KL .
Mum is 74 now but still play Badminton – Alhamdulillah ….
“All Brothers are busy with their lives but we try to meet up as much as possibly could .
3 of us were in the Angkasawan Programme In the Top 100 .
“I’m not sure why the other Two didn’t compete . Late Dad was an Extraordinary Man raising us up with great values.
“AlFatihah to my Beloved Dad who made us whom we are today …
Good Morning Everyone .
Just sharing .
Love As Always …
“PS – Our Parents are the most important ever . We only realised that when they are gone …So value them & Sanjung them as much as possibly could and your lives will just get better,” kongsi Sheikh Muszaphar sambil disertakan potret keluarga.
Lalu,netizen turut gembira melihat keluarga bahagia ini.
Terdahulu, adik Sheikh Muszaphariaitu Sheikh Mustapha Al Masrie meninggal dunia pada Oktober 2007 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran.
Lebih sedih, Sheikh Muszaphar tidak dapat menatap Allahyarham kerana ketika itu sedang bertugas di angkasa.
Lima tahun kemudian, bapanya iaitu Sheikh Mustapha,77, meninggal dunia akibat barah usus.
Foto:Instagram Sheikh Muszaphar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nadeera Zaini berharap para peminat dapat terus bersabar menantikan album sulungnya yang kini sudah memasuki fasa akhir sebelum memulakan proses rakaman.