Pelakon dan usahawan, Fazura meluahkan rasa terharu apabila jualan tudung jenamanya mendapat sambutan hangat dan mengalakkan daripada para pembeli.

Menerusi rakaman video siaran langsung di Instagram yang diulang siar oleh peminat di laman sosial, Fazura dilihat tidak dapat menahan rasa sebak sehingga mengalirkan air mata.

“Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak “Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak

Difahamkan, tudung keluarannya yang berharga dari RM27 itu telah berjaya meraih jualan sebanyak 80,000 helai dalam tempoh masa 2 jam.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membeli yang antara lain sama-sama membantu para peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

IKLAN

Secara langsung, mereka turut berpeluang menjana sumber pendapatan.

“Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak “Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak

IKLAN

“Alhamdulilah di kesempatan ini sebelum Faz habis cakap, Faz nak ucapkan terima kasih kepada semua di luar sana all my darlings kerana sokong Tudung Fazura.

“Emosi sikit takut saya nangis, terima kasih sebab anda semua sudah pun dapat membantu 4000 peniaga-peniaga kecil di bawah Faz yang hilang mata pencarian.

IKLAN

“Yang mungkin suaminya hilang kerja dan sebagainya. Jadi terima kasih kepada semua yang dapat bantu mereka ini,” antara sedutan kata bintang cantik ini.

“Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak “Nak Ucapkan Terima Kasih Kepada Di Luar Sana All My Darlings…,” – Jualan Tudung Luar Biasa Turut Bantu Peniaga Raih Rezeki, Fazura Terharu Sebak

Foto: Instagram Fazura, Twitter Jark Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI