Pengacara dan bekas penyampai radio, Hani Fadzil mengakui berasa agak terkilan dengan layanan yang diberikan oleh segelintir pihak sepanjang lebih satu dekad berkecimpung di dalam dunia penyiaran.

Menurut Hani, soal paras rupa dan populariti di media sosial sering kali dijadikan ukuran lebih-lebih lagi bila melibatkan soal pembayaran.

“Nak Naik You Kena Gedik Sikit,” – Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran, Hos Hani Fadzil Terkilan Dengan…

Malah, dia juga disarankan untuk berkelakuan ‘gedik’ sekiranya mahu namanya lebih dikenali.

“In the industry for 12 years and I’ve gotten these, ‘you sorang je hafal script dan bagus audition tapi you takde rupa’, ‘followers you tak banyak macam (X) sebab tu dia dapat payment lebih (walaupun (X) buat kerja lagi sikit dan baca je script)’ dan ‘nak naik you kena gedik sikit’,” tulisnya.

Luahan tersebut disuarakan oleh bekas penyampai radio, Era itu menerusi beberapa ciapan di yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Nak Naik You Kena Gedik Sikit,” – Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran, Hos Hani Fadzil Terkilan Dengan… “Nak Naik You Kena Gedik Sikit,” – Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran, Hos Hani Fadzil Terkilan Dengan…

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini mendedahkan dia tidak meletakkan kesalahan tersebut di bahu para personaliti media sosial sebaliknya dia berharap agar para pemain industri dapat memperhalusi semula syarat-syarat yang diletakkan itu

“So what’s the point of being good at what we do? How do you expect our followers to naik if you don’t give us a chance to shine?

“I have nothing against influencers who has millions of followers. I’m just against how the industry works sometimes. Let actors act and let TV host host!,” ujarnya lagi.

“Nak Naik You Kena Gedik Sikit,” – Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran, Hos Hani Fadzil Terkilan Dengan…

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.

“Pelik eh. Penonton dahagakan karya berkualiti. Nak tengok lakonan pelakon-pelakon mantap. Tapi stesen tv yang tak nak. Yang decide 1m follower dekat stesen tv tu datang dari pluto ke?

“Punya cantik macam ni depa kata takdak rupa?

“Miss, you are so pretty and lawa kot! And you are so professional and talented.

IKLAN

“Ni la dunia sekarang sis. Mana-mana pun macam tu. Tapi jangan risau. Rezeki masing-masing dah tertulis,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Nak Naik You Kena Gedik Sikit,” – Isu Paras Rupa & Jumlah Followers Jadi Ukuran, Hos Hani Fadzil Terkilan Dengan…

Sekadar informasi, Hani telah mula mencipta nama ketika menyertai program pencarian bakat,  Personaliti Top ERA pada 2014.

Daripada 25 orang yang disenarai pendek, hanya hanya Hani, Radin Era dan Jaa Suzuran sahaja yang terpilih bagi menjadi sebahagian daripada keluarga besar, Era.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Twitter Hani Fadzil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI