Umum mengetahui, pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin kini sedang menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selapas disahkan positif Covid-19.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat memaklumkan dirinya kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan selepas paras oksigen di dalam tubuhnya menurun sehingga tahap 94.

“Ia Dipanggil Pembunuh Senyap…,” – Tahap Oksigen Menurun Ke Paras 95, Doktor Bimbang Andai Shahrulezad Alami Sindrom Happy Hypoxia “Ia Dipanggil Pembunuh Senyap…,” – Tahap Oksigen Menurun Ke Paras 95, Doktor Bimbang Andai Shahrulezad Alami Sindrom Happy Hypoxia

Katanya lagi, pihak doktor juga bimbang sekiranya dia mengalami sindrom Happy Hypoxia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Hari ni oksigen level abam drop to 94. According to doctor maybe disebabkan virus Covid tu dah serang paru paru abam. So dia kacau level oksigen abam. Doktor bimbang abam mengalami sindrom Happy Hypoxia.

“Nak tahu apa tu Happy Hypoxia. Sila google uols. Koser aku nak terangkan kat sini. Hehehe Tapi Happy Hypoxia ni sangat bahaya untuk pesakit Covid. Ianya dipanggil pembunuh senyap dalam keadaan pesakit itu tgh ‘happy’ ker gamaknya.

“Dia mungkin ingat dia okie macam normal people. Tak der sesak nafas. Boleh berjalan macam biasa tapi tanpa dia sedar kandung okisigen dalam badannya sebenarnya very alarming. Tahu tahu dia jatuh pengsan atau mati macam tu jer,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Takdir Yang Tertulis itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Ia Dipanggil Pembunuh Senyap…,” – Tahap Oksigen Menurun Ke Paras 95, Doktor Bimbang Andai Shahrulezad Alami Sindrom Happy Hypoxia “Ia Dipanggil Pembunuh Senyap…,” – Tahap Oksigen Menurun Ke Paras 95, Doktor Bimbang Andai Shahrulezad Alami Sindrom Happy Hypoxia

Dalam pada itu, Shahrulezad juga menasihati orang ramai supaya sentiasa menyediakan alat pengukur kadar oksigen atau oksimeter sebagai langkah berjaga-jaga di musim pandemik ini.

“So sebab tu setiap dari kita wajib ada satu alat oxymeter kat rumah masing masing untuk menyukat level oksigen kita. At least level oksigen kita tak kurang dari 95.

IKLAN

“Bawah 95 cepat cepat lah gi jumpa doktor WALAUPUN korang rasa korang sihat dan tak sesak nafas. Ingat lagi tak peristiwa ramai penduduk China/Wuhan dan dunia yg tetiba jatuh pengsan di tepi jalan? It most probably because of happy hypoxia syndrome.

“Derang ingat derang okie tapi apa yg derang tak tahu virus Covid tu dah kacau level oksigen dalam badan derang. Tahu tahu terbaring dan meninggal di tepi jalan tanpa sedar,” ujarnya lagi.

“Ia Dipanggil Pembunuh Senyap…,” – Tahap Oksigen Menurun Ke Paras 95, Doktor Bimbang Andai Shahrulezad Alami Sindrom Happy Hypoxia

Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut memuji para petugas barisan hadapan yang berkhidmat di MAEPS kerana telah menjaganya dengan baik.

IKLAN

“So jaga diri yer kawan kawan. Abam bersyukur abam pilih Maeps sebagai tempat kuarantin. Kat sini frontliners dia cekap sepanjang masa monitor keadaam abam.

“Kalau kuarantin lat rumah ni mana aku nak cekau mesin oksigen ni? Haaa mesin basuh ada ler la uols. So beroksigen bagai la kita hari ni. Korang jga diri tau,” akhirnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan doa semoga Shahrulezad lekas sembuh seperti sedia kala.

Pada 2 November lalu, Shahrulezad telah memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19 bersama beberapa orang kru produksinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Shahrulezad juga telah menghentikan segala aktiviti pengambaran buat sementara waktu.

Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI