Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman atau mesra disapa Cik Man ada berkongsi foto tatkala dia menziarahi pusara ibunya, Fatimah Taat.

Malah, Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias  turut mengimbau kembali kenangan bersama arwah ibunya terutama perihal makanan kegemaran.

“Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan,

“Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa.
RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan,

“Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.

“Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.

IKLAN

“Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.

“Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up.

“Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.

“Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana,” kongsi Azman.

IKLAN

Dalam pada itu, Azman sentiasa mendoakan arwah ibunya.

“Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku. .

“Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di Sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.

“Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.

IKLAN

“Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,” kongsi Azman lagi. 

View this post on Instagram

Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan. . Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan. . Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood. . Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak. . Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh. . Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up. . Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya. . Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana. . Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku. . Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak. . Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat. . Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain. Tukang foto @zrq.zqn

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut berasa sebak atas perkongsian tersebut.

“Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU Azman “Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU Azman “Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU Azman “Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU Azman “Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU Azman “Nak Jumpa Mak Di Sana. Tapi Tak Tahulah Ke Mana Tuhan Letak Aku Nanti,” – Al-Fatihah Buat Ibu PU AzmanSehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 100,000 tanda suka (likes).

Foto : Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI