Aktor, Kim Woo-bin disahkan tidak layak untuk berkhidmat dalam latihan ketenteraan yang wajib dilakukan oleh semua lelaki warganegara Korea Selatan berikutan kanser yang dihadapinya.

Dia kini sedang dalam rawatan pemulihan untuk kanser nasofaringnya sejak didiagnosis Mei tahun lalu.

Nak Fokus Rawatan Kansernya, Kim Woo-bin Dikecualikan Latihan Ketenteraan

IKLAN

Sumber terdekat Woo-bin memberitahu media tempatan bahawa surat perintah latihannya diterima semasa dia masih menjalani rawatan kansernya namun Kerajaan memberikan pengecualian kepadanya setelah menilai semua keadaan kesihatannya.

“Semasa Woo-bin sedang berjuang mendapatkan rawatan kanser, dia menerima surat perintah latihan ketenteraannya.

“Namun, setelah diteliti semula, dia disahkan tidak layak untuk berkhidmat pada November lalu,” kata sumber tersebut.

Tambahnya lagi, aktor tersebut disorokkan daripada orang ramai kerana tidak mahu menambahkan lagi kontroversi.

IKLAN

“Sukar bagi Woo-bin untuk fokus mendapatkan rawatan jika diganggu berita sebegini. Perkara paling penting sekarang adalah untuk dia kembali sihat seperti dahulu.

“Oleh sebab itu, dia menghentikan semua aktiviti seninya sejak Mei lalu dan fokus untuk rawatannya.

“Dia kini juga sedang berusaha untuk sihat kembali,” katanya.

Kali terakhir Woo-bin dilihat muncul di media sosial adalah pada tahun baru tempoh hari apabila dia menulis surat kepada peminat memberitahu bahawa dia kini dalam keadaan yang sihat.

IKLAN

Nak Fokus Rawatan Kansernya, Kim Woo-bin Dikecualikan Latihan Ketenteraan

MH harap Woo-bin akan kembali sihat, rindu nak tengok dia berlakon macam dulu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI