Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tampil menyelar dakwaan dipercayai daripada sebuah kelab peminat selebriti terkenal yang mengatakan dirinya berhibur dengan hanya mengatakan hoodie dan topi di sebuah kelab di Indonesia.

Menurut Fazura, dia masih tidak faham mengapa sehingga kini masih ada pihak yang cuba menjatuhkan reputasi dan nama baik.

“Sudah bertahun saya melalui situasi ini. Ingatkan sudah habis, rupanya belum lagi. Saya sebenarnya tak nak ulas panjang.

“Selama ini, saya tak pernah mengakui diri saya terpaling muslimah. Saya sedang memperbaiki diri dan berusaha beristiqomah.

“Saya tak nafikan, hoodie dan topi itu memang saya pakai. Style seperti itu juga saya sering kongsikan di media sosial, saya tak pernah sembunyi,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut menyifatkan tuduhan tersebut amat berat dan keterlaluan.

IKLAN

“Nak cakap saya pergi ke kelab malam, itu tuduhan yang sangat berat. Saya tak ke kelab. Nak clubbing pun dekat mana? Zouk ke?

“Saya seorang yang kerja kuat. Hari minggu pun saya kerja. Kalau ada masa atau stress, saya akan berhibur dengan cara saya. Saya suka menari dan muzik.

“Ada kalanya saya pergi karaoke dengan kawan-kawan. Kadang-kala saya pergi ke restoran dan memang kebanyakkan restoran sekarang keadaannya gelap.

“Bila ada muzik. Sudah tentu saya akan goyankan bahu. Walau berhibur, kita kena ingat Allah dan jangan lupa diri,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Ngopi Bersama Fazura di Hotel Mandrin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Pada masa sama, Fazura turut menyeru kepada semua pihak untuk berhenti melaga-lagakannya dengan selebriti lain.

“Cukup-cukuplah. Saya hanya fokus kepada diri sendiri, keluarga, anak dan kerja. Saya tak tahu kenapa masih ada yang nak mengganggu dan membuat provokasi.

“Saya tak pernah berbincang dengan team untuk mencipta gimik untuk melancarkan sesuatu atau berkomplot untuk menjatuhkan orang lain.

IKLAN

“Cukuplah cuit-cuit saya. Tak perlukan provok saya. Saya mencuba menjadi muslimah yang terbaik. Nak pakai hoodie itu adalah diri saya.

“Daripada saya bertutup-litup tiba-tiba nanti buka balik. Saya hanya jadi diri sendiri,” akhiriny.

Terdahulu, satu portal hiburan telah memuat naik sebuah artikel yang mengatakan seorang selebriti berhijab tempatan didakwa telah berhibur di sebuah kelab malam.

Artis berkenaan dikatakan hanya menutup rambutnya dengan hoodie dan topi.

Lantaran itu, nama Fazura secara tidak semena-mena telah terkait dengan dakwaan tersebut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI