Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dengan reaksi yang ditunjukkan peminat yang mengharapkan dia kembali membuat konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Idea tersebut tercetus selepas band popular antrabangsa, Coldplay berjaya memecahkan rekod untuk mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi sewaktu mengadakan konsert The Spheres World Tour di SNBJ baru-baru ini.
Konsert tersebut yang dihadiri 75,000 penonton sekali gus membenamkan rekod yang dipegang Siti menerusi konsert Fantasia Tour pada 2004.
Menerusi hantaran di aplikasi X, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menyifatkan idea untuk kembali memintas rekod yang kini dipegang Coldplay itu mungkin boleh direalisasikan.
“Sedih dan terharu baca tulisan wartawan Kosmo. Mungkin boleh jadi kenyataan atau mungkin tidak ye?,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga memang mempunyai impian untuk sekali lagi membuat konsert berskala mega sebelum memutuskan untuk mengundurkan diri daripada industri seni tanah air.
“Kalau nak buat di stadium nasional sekali lagi, mungkin sebelum saya bersara ya. Biar jadi kenangan terindah buat semua,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut secara tidak langsung telah menzahirkan keterujaan di hati para peminat.
Rata-rata netizen turut berharap agar konsert tersebut dapat dirialisasikan satu hari nanti.
“Dulu kita kecil lagi. Sekarang kita dah besar dan ada duit. So take my money Queen. Nak merasa kat SNBJ.
“Tolong jadikannya realiti. Penonton boleh mencapai 80,000.
“Insyaallah. Tiada yang mustahil kerana itu adalah perancangan dari kita dan Allah yang akan berikan ia menjadi kenyataan. Semoga peminat Tokti sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan sentiasa menyokong apa jua yang Tokti usahakan mahupun yang dirancang.
“Tolong jadikan kenyataan. Salah satu impian saya untuk menonton konsert Datuk Siti.
“Cakap awal-awal. Nak start kumpul duit,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, netizen juga dilihat kurang senang apabila Siti turut membangkit tentang persaraan di dalam hantarannya itu.
Rata-rata netizen mengatakan mereka belum bersedia dan sebolehnya tidak mahu Siti bersara daripada dunia nyanyian.
“Tokti dah janji kan akan terus bernyanyi.
“Jangan la cerita pasal bersara lagi. Kami tak bersedia lagi.
“Nak konsert mega Siti Nurhaliza dekat SNBJ tapi tak nak yg bersara tu.
“Tidak. Tak boleh bersara. Rehat tak mengapa. Kak Iti dah janjikan. Lepas ni satu tahun satu single pun okay,” antara komen-komen netizen.
Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 1000 ulang siar dan hampir 3000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biarpun sudah beberapa kali menerima desakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh, AZ Pemurah bagaimanapun memilih untuk terus menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni golongan yang memerlukan.
Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.
“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.
“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.
Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali dia menerima komen berbaur negatif.
“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.
“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.
“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” katanya yang turut memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Aina Abdul terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pelakon, Rozita Che Wan sepanjang dia berkecimpung di dalam industri muzik tanah air.
Menurut Aina, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta merupakan antara rakan industri yang sentiasa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi dengan cara membeli tiket untuk menonton setiap konsert yang diadakannya.
“Saya saksi Che Ta sentiasa sokong konsert saya dari permulaan 1.0. Setiap konsert Che Ta akan support beli tiket Aina.
“Terima kasih Che Ta. Love you,” tulisnya.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh penyanyi lagu Terus Hidup itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Ia juga merupakan respon balas Aina terhadap dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kehadiran Che Ta di konsert Aina Abdul 3.0 adalah disebabkan tiket percuma.
Terdahulu, menerusi laporan MH pada Selasa, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tampil menyelar dakwaan netizen berhubung isu konsert tersebut.
Jelas Che Ta, sebagai tanda sokongan terhadap artis tempatan yang disukainya, dia tidak kisah untuk mengeluarkan duit sendiri untuk membeli tiket.
Malah, Che Ta juga memaklumkan dirinya sanggup menempuh perjalanan jauh daripada lokasi penggambaran di Kelantan semata-mata untuk menonton konsert Aina.
Dia juga bergegas kembali ke lokasi penggambaran di Terangganu sebaik sahaja selesai menonton konsert Aina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.