Pengasas kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat akhirnya ada membuat permohonan maaf isu kontroversi melibatkan dirinya, di tanah suci baru-baru ini.
Difahamkan, keberangkatannya ke Makkah yang turut disertai ahli keluarga serta kenalan rapat adalah untuk menunaikan umrah.
Jelasnya sebagaimana yang dipetik menerusi rakaman video yang dimuat naik Aliff Syukri di Instagram, dia tidak mempunyai niat lain selain belajar, mendekati agama.
“Walau apapun, saya minta maaf pada semua jabatan-jabatan, pada semua mufti, ustaz, PU (Pencetus Umah) atau sesiapa sahaja ahli ulama…Saya minta maaf.
“Saya tiada tujuan apa-apa, saya hanya… Saya minta maaf bagi pihak mak ayah saya, bagi pihak anak saya, bagi pihak rakan-rakan saya, saya minta maaf,” katanya dalam nada sebak lalu ditenangkan Aliff Syukri.
“Tuhan lagi tahu yang mana betul, atau pun mana yang salah. Apa-apa hal pun kita ni orang yang kerdil, jumpalah dengan mufti sendiri. Biarlah mufti yang memutuskan dan berbincang.
“Tak kanlah kita di sini nak menghukum orang. Nampak gembira tapi Allah sahaja yang tahu ya dugaan orang yang dikecam.
“Kadang-kadang penghinaan itu melampau-lampau. Saya tidak menangkan sesiapa. Lebih baik dengar dulu apa kata tuan empunya badan,” kata Aliff pula.
Dalam pada itu itu, Sajat menerusi video berdurasi lebih empat minit itu turut mengakui dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut secara terperinci bimbang andai dipersalahkan.
“Saya minta maaf sangat. Saya tak boleh cakap apa lagi. Lagi saya cakap, lagi saya disalahkan juga.
“Saya dulu memang kurang agama dalam Islam, lepas tu bila saya pergi sana saya cubalah dapatkan… Saya nak belajar, dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi.
“Bila saya nak mendekatkan diri dengan Allah… Kadang-kadang saya terfikir, bila saya jadi macam ni, apa yang mereka nak? Menghukum saya sampai macam ni, jelasnya lagi.
Sejak minggu lalu, kecoh apabila penyanyi Makhluk Penggoda itu memuat naik video serta gambar di tanah suci sambil memakai telekung.
Perbuatan tersebut menimbulkan rasa kurang senang ramai dan masing-masing cuba memberikan reaksi pelbagai terhadap kontroversi berkenaan di media sosial.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 700,000 kali disusuli dengan ribuan komen warga maya.
Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu.
“Rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).
“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya menerusi satu kenyataan.
Raqim menambah, set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan berjarak 1.5 meters antara juri di samping diletakkan penghadang lutsinar antara mereka.
Malah, rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.
Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan terbabit.
Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Program tersebut telah pun bersiaran minggu pertama pada Ahad lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pelakon, Alya Iman, Jamaliah Jamari dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada petang Sabtu.
Memetik laporan Mstar, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil memaklumkan ibunya itu sebenarnya merupakan pesakit kanser dan sudah empat di rawat di hospital.
“Mama sudah lama mengidap kanser dan dia duduk di hospital sejak empat bulan yang lalu.
“Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas sehari keluar hospital di rumah yang sama dengan arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2018,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, ibunya itu seakan sudah merasakan mengenai pemergiannya setelah dia memohon untuk dibawa pulang ke pangkuan anak-anak.
“Mama memang nak sangat balik rumah dan setiap hari dia minta kami adik-beradik untuk bawa pulang
“Mungkin dia sudah bersedia untuk pergi dan minta untuk menghabiskan hayatnya di rumah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu turut mendedahkan antara momen yang akan dirinduinya sudah tentulah nyanyian arwah ibu buat dirinya.
“Ibu sangat suka menyanyikan lagu My Baby You untuk saya. Sehingga sekarang masih bermain dalam kepala arwah sedang menyanyikan lagu tersebut,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Alya turut berkongsi momen-momennya bersama arwah ketika hayatnya masih ada.
Terdahulu, jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampunh Jamaliah, Ijok, Selangor pada pagi Ahad.
Sekadar informasi, Jamaliah merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal era 80-an Allahyarham Azmil Mustapha yang meninggal dunia pada 14 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Mstar & Instagram Alya Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana tumpang gembira apabila bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke rumah keluarga bagi bertemu ibu bapanya di...