Genap setahun arwah adik, Jefri Adzman pulang ke pangkuan Yang Maha Esa, Datuk Afdlin Shauki mengakui masih terkesan akan kehilangan.
Tidak pernah sehari terpadam kerinduan yang semakin membara.
Malah ada kalanya dia hampir terlepas laku apabila ingin menghubungi si adik tatkala menerima perkhabaran baik, namun segera kembali ke alam nyata bahawa adiknya telah meninggal dunia.
Ads
“Hari ni genap setahun adik saya Jefri Adzman pulang ke Rahmatullah. Rindu kepadanya masih tak terpadam dan makin membara. Such a beautiful soul yang berjiwa lembut dan sentiasa berfikir pasal hal ehwal orang lain.
“Sekali sekali bila excited atas perkhabaran baik atau ada masaalah menimpa diri ini secara otomatik nak angkat fon untuk call dia… tapi kemudian tersentak kerana hakikatnya dia sudah tiada bersama.
Ads
“I will always love you baby brother and yeop doakan Jep tenang di sana bersama roh-roh orang beriman. Al-fatihah,” kongsi Afdlin.
Pendakwah bebas, Ebit Lew memuat naik rakaman sambutan hari lahir istimewa buat isteri tercinta.
Dia menitipkan rasa syukur atas kurniaan wanita paling sempurna dalam hidupnya.
Malah jelas Ebit, dia kini sentiasa dirahmati atas berkat doa ibu, bapa dan isteri.
Malah pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan empat zuriat turut diluahkan dalam entri terbaru Instagramnya.
“Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
“Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.
“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
“Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
“Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah.
“Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew,” luahnya.
Pelakon, Nadya Syahera ada berkongsi sekeping foto yang diambil atas inesiatif sendiri.
Melakukan beberapa langkah demi sekeping foto, ibu kepada dua cahaya mata ini jga turut bergaya bersama persalinan yang sudah hampir 10 tahun usianya.
Jelasnya pada satu hantaran di Instagram, baju tersebut dibelinya sejak zaman belajar.
“Gigihnya demi sekeping gambar. Letak phone atas sofa, set timer, kelam kabut duduk acah ayu macamtu, in 10 second… taraaaa.. ni hasilnya.
“Gitulah bila takda orang nak layan kita OOTD. Kenalah gigih sikit. Pastukan baju tu sebenarnya usia dia dah hampir 10tahun tau, baju pakai zaman belajar dulu. Lama nawww, nasib baik tak reput.
“Laki i tak suka baju ni, dia kata selekeh. Tapi apa i heran asalkan selesa pastu ada sentimental value gituhhhh,” tulisnya.
Bersempena dengan sambutan Hari Bapa baru-baru ini, pelawak dan penyanyi, Achey ada memberikan dedikasi istimewa buat permata hatinya yang dijaga sejak kanak-kanak itu baru lahir ke dunia.
Achey memanjat rasa syukur kerana kehadiran anak angkatnya, Tiara Zinnirah dalam kehidupannya bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne nyata menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga.
“Dialah punca! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah.
“Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.
“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat di curahkan kepadanya.
“Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak.
“Maaf ayah pohon kepada awak n mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab. Ayah sayang awak ucuk acham,” tulisnya menerusi posting yang memuat naik foto kanak-kanak comel itu.
Lalu, luahan hatinya nyata membuatkan ramai terharu dan sebak. Rata-rata memberikan kata semangat buat Achey.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.