Lebih dua bulan bergelar ibu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama anak lelakinya kepada umum.

Saling sepakat dengan suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani, Nabila, menjelaskan mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan identiti anak sulung mereka buat masa ini.

Sepakat Dengan Suami

“Belum lagi (nak tunjuk wajah anak). Insya-Allah kalau saya dah bersedia akan kongsi di media sosial. 

“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan kami bersetuju untuk tidak lagi dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.

Ads

“Cuma saya maklum, lambat laun nanti pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu,” katanya.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di Celebfest Ramadan di Suntec, Singapura, pada Sabtu. Selain berniaga, selebriti itu turut membuat persembahan di acara tersebut.

Nabila Razali Belum Sedia Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Ulas Pasal Penyakit Ain – “Saya Dan Suami Ada Pemahaman Yang Sama.” Nabila Razali Belum Sedia Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Ulas Pasal Penyakit Ain – “Saya Dan Suami Ada Pemahaman Yang Sama.” Nabila Razali Belum Sedia Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Ulas Pasal Penyakit Ain – “Saya Dan Suami Ada Pemahaman Yang Sama.” Nabila Razali Belum Sedia Kongsi Wajah & Nama Anak Sulung, Ulas Pasal Penyakit Ain – “Saya Dan Suami Ada Pemahaman Yang Sama.”

Ads

Bimbang Penyakit Ain, Tak Mahu Ambil Risiko

Menjaga privasi keluarga adalah keutamaannya, dan menurut Nabila, salah satu kebimbangannya adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayi.

“Itulah..s sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi seperti yang dipaparkan di media massa. 

Ads

“Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni, saya risau mungkin akan diperhatikan.

“Orang biasa pun boleh jadi mangsa, inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai. Oleh sebab itu saya akan cuba pastikan privasi membabitkan keluarga terjaga,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nabila dan Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI