Nabil Kongsi Pendapatan RM600, Kini RM 50,000

Mungkin tak perlu diperkenalkan lagi, pelawak popular, Nabil Ahmad yang menjadi pengacara pelbagai program besar seperti Meletop, Gegar Vaganza dan banyak lagi terus menaikkan namanya dalam industri seni.

Baru-baru ini tular satu video tentang perkongsian pelawak ini menerusi laman Internet. Walaupun video itu telah dirakam tiga tahun lepas, tapi baru-baru ini sahaja ia menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Video yang berdurasi 16 minit 21 saat itu merupakan perkongsian hidupnya daripada seorang mat despatch yang bergaji RM600 kini berjaya menjadi artis yang dikenali ramai.

Menurut perkongsian itu, dia percaya dengan kuasa sedekah selain tidak pernah melupakan ibu bapa walau dalam apa jua keadaan.

IKLAN

“Tapi satu saya tak pernah lupa. Saya tak pernah tinggalkan mak ayah saya, saya tak pernah berhenti bersedekah.Saya keluar pintu masjid ada seorang pakcik tahan saya.

 

“Dia minta sedekah, masa tu saya hanya ada RM2 dalam poket, tapi saya bagi separuh daripada duit saya.”

  
“Baki RM1, saya isi minyak motor. Masa tu minyak tak cukup sampai kena tolak motor. Tapi dua tiga bulan lepas tu, hidup saya terus berubah,”katanya dalam perkongsian itu.

Menurut Nabil dalam sebuah portal, dia juga hairan pelik kenapa baru sekarang ia dimuat naik ke YouTube. Bagaimanapun, dia tidak kisah kerana apa yang dikongsi itu perkara baik dan bermanfaat untuk semua.

“Banyak yang ‘tweet’ di laman Twitter memuji perkongsian saya ini. Tidak dinafikan ada juga yang mengkrtitik kononnya saya sengaja menunjuk-nunjuk dan bersikap riak.

 

Apa yang saya kongsi ini jujur daripada hati. Orang tanya jadi saya jawab. Dalam masa sama, saya mahu didik orang ramai supaya sentiasa beringat. Bersedekah bukan ketika kita senang saja, tetapi bila-bila masa,” katanya.

Nabil juga menjelaskan, perkongsian mengenai jumlah pendapatan itu memang benar-benar berlaku dan bukan rekaan.

“Sekiranya saya tak berkongsi hal ini, sudah tentu video ini tidak menarik perhatian. Tajuk yang digunakan memainkan peranan.

“Saya tidak kisah ia tular. Saya bukan kongsi perkara tidak baik. Malah, setiap kali saya ceramah motivasi, perkara pertama saya kongsi adalah mengenai kejayaan,” katanya lagi.

Sumber : Harian metro

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]