Penyanyi Hafiz Suip terpaksa menarik diri daripada menjayakan Konsert MeleTOP TVS pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Perkara tersebut dimaklumkan
pengacara, Nabil Ahmad sewaktu konsert baru sahaja berlangsung, sebentar tadi.
“Hafiz tak dapat bersama dengan kita malam ini kerana dia ada masalah kesihatan. Sama-sama kita doakan semoha Hafiz lekas sembuh.
Ads
“Kami mohon maaf dari pihak Astro dan TVS. Namun kita banyak lagi persembahan daripada artis-artis lain yang akan menghiburkan anda malam ini,” katanya.
‘Update’ Di IG
Terdahulu, Hafiz sempat terlibat dengan rehearsal penuh Konsert Meletop TVS yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, Sarawak pada Sabtu.
Ads
Bagaimanapun semalam, menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz memaklumkan dia telah disahkan mengalami penyakit batu karang di dalam buah pinggang
Malah, Hafiz juga ada berkongsi video yang memaparkan dia sedang menerima rawatan.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon terkenal Malaysia, Carmen Soo, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama Bersiri) di Pesta Perdana 2025 yang berlangsung pada 24 Mei lalu di The Theatre at Mediacorp, Singapura.
Kemenangan yang dirangkul Carmen adalah menerusi lakonan mantap beliau sebagai Lily dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
Drama bersiri tersebut merupakan sebuah drama berlatarbelakangkan era 1950-an yang mengisahkan dua anggota polis menyiasat penculikan pegawai atasan mereka di tengah-tengah kekacauan dunia kongsi gelap.
Dalam ucapan kemenangannya, Carmen berterima kasih kepada pasukan produksi dan barisan pelakon drama bersiri itu kerana menjadikan momen tersebut satu pengalaman berharga selain turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada suami serta anaknya.
Menariknya, turut tersenarai dalam kategori yang sama bersama Carmen ialah seorang lagi selebriti terkenal Malaysia, Fauziah Latiff, yang tercalon menerusi lakonan hebatnya dalam drama bersiri Mencari Marina.
Tiga lagi pelakon Singapura yang turut tersenarai dalam kelompok top 5 ialah Izyan Mellynna (Raja Bundle), Rosita Hussain (Makan INC) dan Wahyu Rahman (Krisalis).
Sekadar info, Pesta Perdana merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Mediacorp di Singapura untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri hiburan Melayu tempatan.
Acara ini dianggap sebagai versi Melayu kepada Anugerah Emmy atau Star Awards di Singapura, dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Suria.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Fahmi Bachmid, yang memaklumkan bahawa lanjutan itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Kanun Keseksaan Indonesia (KUHP) yang membenarkan penahanan disambung bagi kes jenayah berat.
“Kalau ancaman hukumannya lebih sembilan tahun, memang dibenarkan tahanan dilanjutkan. Ia berdasarkan peraturan yang sah dalam KUHP,” katanya kepada media tempatan Indonesia di kawasan Panglima Polim, Jakarta Selatan malam tadi.
Bagaimanapun, Fahmi melahirkan rasa hairan terhadap tindakan pihak berkuasa yang terus menahan anak guamnya meskipun didakwa masih tercari-cari bukti kukuh.
“Persoalannya kenapa masih ditahan?Kalau betul sudah ada bukti yang kuat, kenapa belum teruskan ke pendakwaan? Kenapa masih cari bukti lagi? Ini menimbulkan tanda tanya,” katanya.
Fahmi turut membangkitkan isu kesahihan bukti yang digunakan dalam laporan terhadap Nikita, yang menurutnya berpaksikan sebuah rakaman perbualan sebagai bukti yang didakwanya tidak sah dari segi undang-undang.
“Asas kepada laporan ini ialah rakaman perbualan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Rakaman itu telah saya laporkan kepada pihak polis kerana ia merupakan bukti yang tidak sah,” tegasnya.
Imbas kembali, Nikita dan Mail ditahan pada 4 Mac lalu oleh pihak penyiasat dari Direktorat Siasatan Siber Polda Metro Jaya atas dakwaan melakukan pemerasan, ugutan dan pengubahan wang haram terhadap seorang doktor estetik terkenal, Dr. Reza Gladys.
Sedikit info tentang Nikita, berusia 39 tahun kini, dia memiliki tiga orang cahaya mata. Masing masing berusia 18 tahun, 9 tahun dan 6 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bergelar ratu cantik, pelakon Shweta Sekhon mendedahkan dia tidak pernah menerima sebarang gangguan yang tidak sepatutnya sepanjang menceburi bidang seni.
Shweta atau nama sebenarnya, Shwetajeet Kaur Sekhon berpendapat rata-rata pelakon lelaki di industri ini tahu menjaga batas dan mempunyai hati yang baik lebih-lebih lagi buat pelakon baharu sepertinya.
“Tiada yang cuba nak ‘flirt’ dengan saya. Kebanyakan pelakon di industri kita tahu menjaga batas. Selalunya orang akan salah faham bila lelaki berbuat baik kepada kita.
“Kadang kala mereka nak hulurkan air pun kita rasa pelik. Kita anggap mereka ada agenda. Setakat ini, saya tak pernah diganggu. Mereka semua punyai hati yang baik.
“Mereka ikhlas nak beri tunjuk ajar. Saya juga bukan seorang yang suka buat hal di set. Peluang seperti ini tak semua orang dapat. Jadi, saya tak nak ambil mudah. Saya tak nak timbul sebarang kontroversi,” katanya kepada MH.
Pemenang ratu cantik Miss Universe 2019 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Keluang Man, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shweta turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dia berjaya mendapat watak Dr. Malini kerana statusnya sebagai bekas pemenang ratu cantik.
“Saya kurang bersetuju jika ada yang kata saya dapat watak ini kerana kecantikan saya. Sebenarnya, saya banyak kali jalani proses casting untuk watak ini. Hampir lima kali.
“Saya sampai bertanya kepada pengarah, apa sebenarnya yang dia inginkan. Bila dia terangkan, barulah saya tahu masalahnya adalah berat badan.
“Ketika itu, saya agak berisi. Saya diberikan satu tempoh masa untuk turunkan berat badan. Setiap minggu saya kena datang casting untuk tunjuk progres agar mereka tahu saya bersungguh buat homework,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga mendapat bantuan daripada rakan pelakon Nas-T dan Anwaar Beg Moghal untuk menurunkan berat sebanyak lapan kilogram.
Kerja rumah saya adalah bersenam dan jaga diet. Saya juga rapat dengan Nas-T dan Anwaar Beg Moghal yang juga kaki gym. Diet mereka sangat ekstrem.
“Kalau mereka nampak saya mengelat sikit bila jaga diet, mereka akan ajak saya work out. Setidaknya saya dapat sokongan mereka. Tak rasa penat sangat. Daripada 68 kilogram, saya berjaya turut ke 61 kilogram,” katanya lagi.
Filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Selain Shweta, filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nas-T, Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menasihati orang ramai supaya lebih berpada-pada ketika memberikan kritikan terhadap makanan yang dijual oleh peniaga, khususnya sepanjang bulan Ramadan.