Ketika ini, hangat diperkatakan di media sosial tentang salah laku yang melibatkan selebriti.

Lalu, pelakon Erwin Dawson menyifatkan cara netizen menghukum artis baru yang terpalit kontroversi baru-baru ini agak keterlaluan dan seolah-olah ‘mengambil’ kerja tuhan.

Rasa kecewa itu diluahkan Erwin menerusi sebuah entri di IG story miliknya.

“Nabi Sendiri Tak Tegur Wanita Yang Tidak Tutup Aurat, Malah…”- Erwin Dawson Tegur ‘Mulut Bacul’ Siapa?

“Bukan tugas kami untuk menghakimi sesiapa. Baik Fasha Sandha atau Haneesya Hanee. Sesiapa yang tak pernah melakukan kesilapan, sila kehadapan. Yang pasti tiada seorang pun yang mampu kehadapan.

IKLAN

“Ada yang mengatakan umat Islam tugasnya adalah menegur tetapi mana adabnya waktu teguran itu? Bukankah cara untuk menegur adalah dalam privasi?

“Kalau pasal netizen, apa yang mereka buat itu adalah salah, renungkanlah cara kamu sendiri handle situasi ini. Betul ke cara kita menanganinya? 2 wrongs does not make one right.,” tulisnya.

Tambah pelakon itu lagi, para netizen sepatutnya menegur kelakuan artis tersebut dengan berkhemah kerana itu yang dituntut dalam Islam.

IKLAN

“Jangan terjatuh antara orang-orang hipokrit. Nak menegakkan Islam tapi dengan cara yang sangat tidak Islam.

“Nabi sendiri tidak mengata atau menegur para wanita yang tidak tutup aurat, malah dia menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan mereka.

IKLAN

“Jangan lupa, Al-Hakim adalah Allah. Jangan sesekali ada sifat ‘I am holier than thou’. Itu adalah sangat sombong.

“Memang lumrah manusia melakukan kesilapan. Tapi kita harus menanganinya dengan penuh adab dan akhlak. Bukan tambah lagi kesilapan dari diri sendiri,” tambahnya lagi.

Pada pendapat MH, benarlah apa yang dikongsi Erwin. Tidak salah untuk kita menegur tetapi hendaklah dengan saluran yang betul suapaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak.

Sumber: Instagram Erwin Dawson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI