Pelakon jelita, Maya Karin tanpa berselindung mendedahkan masalah kemurungan yang dihadapinya ketika ini sedang memuncak dan kini dia harus mendapatkan khidmat pakar terapi secepat mungkin.

Malah, Maya turut memberi tahu, dia turut mengalami masalah ‘anxiety disorder’ sepanjang minggu ini.

Rasa tersebut diluahkan bintang Munafik 2 ini menerusi laman Twitter miliknya.

“Last week my depression hit the roof, this week my anxiety is on fire.

IKLAN

“Seriously need to see my therapist asap, tulisnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter memuji tindakan Maya kerana tidak malu untuk mendedahkan masalah kemurungan yang dialaminya itu.

“It’s refreshing to see this posted by you. Most people I know do what they can to avoid treatment as they are embarrassed by these ailments.

IKLAN

“What they don’t understand is that it doesn’t just affect them, it affects their loved ones too. Pray you find peace,” tulis individu tersebut.

Tambah pelakon Ombak Rindu itu lagi, dia telah memendam perkara tersebut sejak sekian lama dan dan kini dia tidak mahu berselindung lagi.

IKLAN

“I did too for years. Until I got too tired. Now I’m more biaq pi.. yes my hands are shaking,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen risau dan bersimpati dengan masalah kemurungan yang dihadapi pelakon tersebut.

“My Depression Hit The Roof, My Anxiety Is On Fire,”- Mengaku Alami Kemurungan, Maya Karin Bikin Ramai Susah Hati! “My Depression Hit The Roof, My Anxiety Is On Fire,”- Mengaku Alami Kemurungan, Maya Karin Bikin Ramai Susah Hati! “My Depression Hit The Roof, My Anxiety Is On Fire,”- Mengaku Alami Kemurungan, Maya Karin Bikin Ramai Susah Hati!

Apapun, MH doakan semoga Maya dapat mengatasi masalah kemurungan ini dan segera mendapatkan khitmad nasihat pakar.

sumber: Twitter Maya Karin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI