Kecoh beberapa hari lalu apabila satu kes yang didakwa telah dirakam di persimpangan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur apabila kelibat seorang lelaki secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan.
Kemudian, individu berkenaan dilihat bergelut demi meloloskan diri daripada keretanya lalu berlari sambil menjerit ‘hantu’.
Individu berbangsa Cina itu menjerit meminta tolong dan turut menyebut ‘Allah’, seperti yang didakwa ramai.
“Kejadian ini berlaku pagi di persimpangan masjid wilayah persekutuan kuala lumpur jalan duta…seorang warga cina lelaki dikatakan nampak hantu didalam keretanya.
Ads
“Tiba-tiba menghentikan kenderaan dipersimpangan lampu isyarat dan menjerit meminta tolong…akibat dari terlalu takut sehingga dia menyebut nama Allah…dan meminta orang ramai menghantar beliau ke masjid.
“ADA TAK SESIAPA YG TAHU PERKARA NI LEBIH LANJUT ? hidayah
Aduhai… nampaknya kisah usik-mengusik antara pelawak popular, Shuib Sepahtu dan Zizan Razak masih lagi belum berkesudahan.
Malah, antara rakan selebriti yang turut sama ‘membahan’ Shuib seperti Zizan Razak,Achey,Mark Adam dan Fikry Ibrahim.
Hal ini adalah gara-gara motosikal Yamaha Y150 ZR yang baru dibelinya telah diubah ubah suai isterinya, Siti Sarah dengan dekorasi manik dan bunga-bungaan.
Bagaimanapun, Sarah tampil bersuara dan memberikan kata -kata punjangga (quotes) sendiri.
“Kasihan.. setengah org tidak dpt merasa betapa manisnya bunga,” tulis Sarah dengan berlatarbelakangkan gambar mesranya dengan Shuib.
Pemergian permata seni, Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan di hati.
Terbaru, isteri kepada Khir Rahman, Siti Jasmina Ibrahim menitipkan kisah yang cukup menarik untuk pedoman bersama.
Siti Jasmina merupakan menanti kepada bintang legenda itu.
Tulisnya, Allahyarham dikurniakan tiga putera sebagai tiang seri hidup disifatkan sebagai satu kelebihan yang mengiringi perjalanan akhir ke alam barzakh.
Biarpun kehilangan anak kedua, Amie Rahman tiga tahun lalu, namun sudah tertulis rezeki, persiapan menuju Allah dipermudahkan oleh dua anak dan cucu.
“Rezeki abah mempunyai 3 orang putera. Amanat khalifah. Mereka tiang seri hidupnya.
“3 tahun lalu Allah uji abah dengan mengambil tiang tengah hidupnya (anak keduanya) Khairulilmi (Amie Rahman).. menguji kami juga untuk redha..tinggal 2 semangat abah ini yang ada sehingga mengiringinya ke pusara.
“Abah pesan putihlah pakaian umat Islam jika menziarahi kematian saudara Islam. Suci , murni sebagaimana agama Islam itu sendiri.. ya kami akan ingat sentiasa, abah.
“Rezeki abah, mereka bersama Ma dan cucu pertama abah Najmi Ammar memandikan…. anak sulungnya Khir Rahman mengimamkan 2 kali dari 3 kali solat jenazah buatnya dan yang bongsu Az Rahman yang awal turun menyambut abah untuk disemadikan di dalam ruang beradunya,” tulis Jasmina.
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menerima dengan hati yang terbuka susulan tular hantaran seorang individu yang merasakan dirinya tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian.