Tular sejak semalam keadaan bilik hotel yang menempatkan individu yang telah dikuarantin terlihat dalam keadaan yang cukup mengecewakan.
Mengulas mengenai isu terbabit, Iesya Toh meluahkan rasa kesal apabila bilik hotel yang dikhaskan sebagai pusat kuarantin bertukar kotor dan ditinggalkan dengan penuh kerosakan.
“Keadaan HOTEL yg menempatkan mereka yg dikuarantin.
“Ni ke KLUSTER KAYANGAN?? Jijiknyaaa manusia 2020 klu x reti jaga kebersihan & suka rosak harta benda org!
Ads
“Mgkin anda negative Covid19, tapi Sya rase anda positive mental disorder!” kongsinya geram.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata kecewa dengan sikap tidak seolah-olah tidak bertamadun berkenaan.
Ads
Terbaharu, menurut laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyerahkan kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa melakukan perkara tersebut.
Beliau menegaskan, tiada siapa pun yang boleh terkecuali daripada mematuhi peraturan yang ditetapkan hotel ketika menginap.
Foto : Instagram Iesya Toh & Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Acara Havoc Food Festival tahun ini kembali lagi dan pastinya ramai selebriti dan pempengaruh dijangka bakal sama-sama turun padang bagi memeriahkan festival ini, antaranya Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, AI Sulong dan pelawak, Vicha Saywho.
Pasangan suami isteri iaitu Cat Farish dan Shikin Maembong juga akan hadir, termasuk Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Zaki Azeman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.
Memasuki tahun kelima penganjuran, festival di bawah payung Havoc Event & Management Sdn Bhd ini masih mempunyai objektif sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.
Ia akan bermula 24 sehingga 27 Oktober depan di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.
Malah buat pertama kali, Havoc Tour Sabah 2024 juga akan diadakan bermula 30 Oktober sehingga 3 November ini di SICC Kota Kinabalu Sabah dan seterusnya di Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November 2024.
Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan.
Malah turut memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.
“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kalini.
“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.
“Ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Faizul selaku Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.
Selain itu, pelbagai pengisian menarik akan dianjurkan sepanjang karnival, antaranya Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia, Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.
Selain itu, program ‘Our Next Guest ‘, iaitu sesi program podcast baharu yang akan dilancarkan.
Sesi ini akan membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti popular.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani akhirnya memaklumkan hubungannya bersama kekasih hati yang juga merupakan penyanyi, Shalma Eliana kini telah pun berakhir.
Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Ismail memaklum dia dan Eliana kini memilih untuk membawa haluan mereka sendiri bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya masing-masing.
“Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana.
“Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang telah berlaku dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengenali diri saya dengan lebih lanjut,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ditanya adakah perhubungan tersebut berakhir disebabkan orang ketiga atau pun salah seorang berlaku curang, ini jawapan yang diberikan oleh penyanyi lagu, Bidadari itu;
“Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up.
“Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat,” kongsinya lagi.
Menerusi temubual yang disiarkan pada Ahad, pihak Melodi juga sempat mendapatakan reaksi daripada Eliana sendiri berhubung kisah percintaan mereka itu.
Jelas Eliana, kedua-dua mereka masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus mereka pelajari.
“Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang.
“Walau apa pun yang terjadi diantara kami, tiada apa-apa kerugian pun sebenarnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Naik ini turut memberitahu, cincin berlian yang pernah diberikan oleh Ismail sebelum ini sudah tidak ada lagi bersamanya.
“Dia selalu bagi saya hadiah. Saya pun begitu juga. Saya rasa perkara tersebut adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.
“Lagi pun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku,” luahnya.
Berkongsi mengenai cincin tersebut, Ismail memaklumkan dia dan Eliana telah pun bersepakat untuk membuangnya ke dalam sungai.
“Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Sebelum ini, saya dan Eliana ada pergi berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah momennya.
“Meskipun ia merupakan detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan,” akhirinya.
Sumber: Youtube Melodi & Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib memanjatkan rasa syukur apabila impian untuk membawa sahabat baiknya, Mamat Sepah untuk bersama-sama menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Shuib, hasrat tersebut terdetik sewaktu dia dan keluarga menunaikan umrah pada November tahun lalu.
“Ceritanya begini, sebelum ini saya ada pergi umrah. Sepanjang umrah tersebut, ketika di Mekah dan Madinah, hati ini terdetik dan berkata-kata, seronoknya kalau dapat pergi umrah bersama Mamat.
“Bila balik haritu, saya ada bercakap dengan dia, mesti seronok kalau kita pergi umrah sama-sama. Jadi, ini semua Allah punya kuasa dan Dia makbulkan.
“Segalanya sudah selesai dan saya dapat bawa Mamat pergi umrah. In sha Allah kita akan pergi pada bulan puasa,” katanya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas penyampai radio Sinar FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Mamat Tak Dapat Tahan Sebak
Menerusi hantaran sama, Shuib turut memaparkan reaksi Mamat yang dilihat tidak dapat menahan sebak saat mengetahui perkara tersebut.
Bukan setakat itu, Shuib juga bakal membawa isteri kepada Mamat untuk turut sama menunaikan umrah pada bulan Ramadan nanti.
Ia juga merupakan hadiah daripada Shuib bersempena ulang tahun perkahwinan Mamat bersama isterinya pada 1 Mac depan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut memuji keakraban persahabatan diantara Mamat dan Shuib yang bertahan sehingga hari ini.
“Murah rezeki kau bang. Semoga bersahabat hingga hujung nyawa.
“Ya Allah menangis saya. Sahabat sejati dunia akhirat.
“Tahniah Mamat dan terbaik Shuib. Ingat kawan masa susah senang dulu. Rezeki kau Mamat dapat kawan macam ni.
“Susah dengan kawan, senang pun dengan kawan. Saya ada seorang macam ni. Tak selalu ada tapi sentiasa bersama.
“Semoga Allah limpahkan berlipat kali ganda rezeki yang halal buat Shuib dan Watie sekeluarga,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib & Mamat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sweet Qismina menegur sikap segelintir warganet yang lantang menyokong kempen anti buli terhadap insiden menyayat hati yang menimpa arwah Zara Qairina.
Tetapi dalam masa...