Manusia sememangnya gemar untuk bercakap, tidak kiralah percakapan yang baik atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi di zaman serba moden ini, masing-masing menjadikan media sosial sebagai tempat menghamburkan kata-kata negatif kepada orang lain.

Baru-baru ini, ramai yang teruja melihat perubahan bentuk wajah pelakon dan penyanyi popular, Ifa Raziah yang kini kelihatan semakin runcing.

Bukan sahaja bentuk wajah malah tubuh badannya juga kelihatan lebih kurus dan tak dapat dinafikan Ifa sangat cantik.

‘Muka Hodoh Orang Hina, Muka Cantik Orang Mengata, Gemuk Salah, Kurus Pun Salah’ – Ifa Raziah Luah Rasa Geram

Namun begitu, ada sahaja mulut-mulut jahat yang berkata bukan-bukan terhadap penampilan Ifa ini.

IKLAN

Menerusi akaun Instagramnya, Ifa telah memuat naik screenshot daripada sebuah akhbar yang mengatakan dia tidak menyedut lemak untuk mendapatkan wajah yang cantik.

Di ruangan kapsyen pula, pelakon ini telah meluahkan rasa geramnya kepda segelintir pihak yang sering tidak puas hati melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

IKLAN

“Salam semua.. Bila Muka Hodoh Org menghina .. Bila Muka Cantik Org Mengata.. Gemok salah ..Kurus pun Salah!! Lumrah Manusia tak pernah puashati dgn kebahagiaan & kejayaan org lain.. Ada jer tak betul !! Kau sorang jer betul hidup didunia ini..?? yg penting Ifa laris di pasaran .. kau di mana?? Syukur Alhamdulillah..,” tulisnya.

Rata-rata pengikut dan peminat Ifa pula meminta artis kesayangan mereka ini untuk bersabar dan jangan menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

hanascarfbyejahpaie: pedulikan mulut busuk tu sis @ifaraziahdivas teruskan melangkah kehadapan..yg penting sis gojes gitu??

IKLAN

supiahismail_siam: Indeed. ??? kata kata yang penuh bermakna. Manusia tak pernah berpuas hati. Hati ♠Semoga semua mendapat Hidayah.

umizue: @ifa_raziah I have met you personally few years ago mmg you cantik orangnya & peramah. Just ignore negative people and just be you.

che_ba_pudingraja: Org jellous lantak p lah… yg penting k.ifa cantekkkk ???

Sumber: Instagram Ifa Raziah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI