Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril menyifatkan perselisihan faham didalam perhubungan suami isteri sememangnya merupakan satu perkara yang normal.
Jelas Dr. Say, sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, mungkin ada yang tidak kena dengan perkahwinan tersebut
Malah, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan momen lucu sewaktu dia dan isteri bertelagah gara-gara bercerita tentang bekas kekasih baru-baru ini.
“Mungkin ada yang ingat perhubungan saya dan wife perfect, indah belaka takda perselisihan, bahagia sokmo kentut tak bau well let me tell u, perkelahian dalam perkahwinan itu satu KEWAJIPAN.
“In fact ni baru je lepas kelahi sebab sy terjumpa instagram ex saya dan saya tercerita kat bini yang ‘owh ex Idah ada dua anak sorang boy sorang girl, cukup dah korum.’
“Lepastu bini mintak tengok ig ex saya pastu die cakap not bad ex you dan saya reply “mestilahhh, kalau tak cun bukan namanya ex i” pastu paaap terus muka bini berubah, suara dia menggarau,” tulisnya.
Ads
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pemenang Anugerah Influencer Meletop itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan setiap berbalahan yang berlaku di dalam rumah tangga.
“Saya ingat dia chill bila sembang bab-bab ex sebab saya chill ja bukak topik ex-ex dia but I was wrong.
Ads
“Dan saya hanyalah typical suami yang kalau berkelahi, para suami akan resort to menyepi berdiam diri sebab orang cakap dont fight fire with fire maka bila bini tengah pokpek pompam on fire, sy choose water yakni tak bersuara langsung tapi it made things worst.
“Tapi mujur bini saya jenis persistent, dia tahu saya jenis tak cakap mulut maka dia whatsapp saya buat segala luahan hati dan sy tak tahu pasaipa reply whatsapp lagi senang dari cakap depan-depan maka saya reply whatsapp dia mintak maaf bagai dan here we are enjoying our “we time” together,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Saya turut menasihatkan para pasangan yang ingin berumah tangga untuk melangkapkan diri dengan ilmu atau memperbanyak bertanya kepada mereka yang lebih arif.
“Ada yang takut nak kawin takut dapat pasangan yang tak sepadan. Well marriage is like starting a new career/ a new business yang mana theres gonna be uncertainties, akan ada ups and downs cuma what u can do is to equip yourself with knowledge dan tanya orang yg lebih arif/ senior in that particular field/ business.
Ads
“Sama macam marriage kalau boleh kenal isi hati budi pekerti bf/ gf dan reaksi bf/ gf kita masa dia marah dan tanya mak ayah kita pasal pasangan kita dan from there kita decide yg adakah he/ she “THE ONE” for us.
“Alhamdullilah as for now dan saya harap till Jannah my wife is my perfect fit. Tobat tak sembang pasal exs dah pasni,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca kisah tersebut selain turut mendoakan agar perkahwinan Dr. Say dan isteri akan berkekalan hingga akhir hayat.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Korang dah tengok logo Visit Malaysia 2020 (Tahun Melawat Malaysia) pada tahun 2020 yang dilancarkan baru-baru ini?
Saat ia dilancarkan, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat tapi kebanyakkannya mengkritik teruk logo tersebut yang dikatakan seperti direka oleh ‘budak sekolah’ dan dilihat tidak profesional.
Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkeras dengan keputusannya untuk menggunakan logo tersebut walaupun mendapat kecaman hebat netizen.
“Kritikan itu perkara biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan semua orang memuji logo itu. Ianya untuk pelancong asing, bukan untuk kegunaan dalam negara, saya tak kisah.
“Di Chiang Mai, kami terima respon yang cukup baik kerana mereka tidak pernah melihat logo itu sebelum ini. Berbeza pula dengan rakyat Malaysia yang pernah melihatnya. Saya tak akan tukar. Saya telah lancar dan rasmikannya.
“Nazri Aziz tidak akan tarik balik tindakan itu. Logo ini akan digunakan untuk dunia, hanya satu-satunya. Kami tidak guna pihak luar dan tidak habiskan sesen pun.
“Semuanya dibuat secara dalaman, oleh staf kami. Saya percaya kepada staf sendiri dari menghabiskan ratusan ribu Ringgit kepada orang luar. Ianya percuma kerana preka grafik adalah salah seorang daripada staf kami” jelasnya.
Namun begitu, lain pula pendapat netizen apabila ada diantara mereka bertindak mereka sendiri logo Visit Malaysia yang dirasakan lebih menarik dan bakal menarik perhatian lebih ramai pelancong luar.
MH sendiri cukup kagum melihatkan gaya kreatif rakyat Malaysia ini. Macam tak percaya bahawa yang buat ‘design’ itu orang kita.
Design oleh: Hakim Hamizi
design oleh Syaher Ahmad
Design oleh: Muhd Hiyatullah
design oleh: Teholimauice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datin Alyah meluahkan rasa apabila satu postingnya bersama ahli keluarga suami, Datuk Ramli MS mendapat reaksi pelbagai netizen.
Meski ada yang memberi reaksi positif terhadap perkongsian berkenaan, namun masih ada yang spektikal hingga mengundang rasa sedih penyanyi Meluruh itu.
Selepas kejayaan single terdahulu, Bella Astillah kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia,...