Pasangan yang kini sedang berbunga-bunga, Nur Risteena Munim dan Isa Khan telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 tidak kisah akan kritikan netizen berhubung hubungannya yang dianggap terlalu mesra.
Mahu mengabadikan momen menerusi video sedang menari, Risteena dan Isa masing-masing memuat naik video berkenaan di Instagram.
“Thank your for loving me in a million ways and yes
Masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, kedua-dua pasangan ini mahu memberi tumpuan terlebih dahulu dalam perniagaan yang dijalankan hasil usaha sama.
Terdahulu, pasangan ini mengumumkan mereka sudah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019.
Video : Instagram Risteena Munim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Februari yang bakal tiba rupa-rupanya sudah genap dua tahun arwah bapanya pergi mengadap Yang Maha Esa.
Pengacara Iesya Toh menerusi laman Instagram meluahkan kerinduan paling mendalam buat arwah bapanya.
Luahnya, sudah genap dua tahun si bapa pergi menunaikan ibadah umrah dan tidak pulang sejak daripada itu.
Pengacara ini turut menyatakan hajat untuk menghadiahkan jubah arwah bapa buat anaknya kelak.
“Assalamualaikum ABAH ♥️❤♥️❤
“Rindu! Rindu! Rindu! Al-Fatihah, Bulan Feb ni genap 2tahun ABAH pergi umrah n x balik2.
“Jubah ABAH nor nak bagi harraz pakai nti, biar die jaga tingkah laku bila tau tok ABAH die ada di Jannatul Baqi.
“See u soon ABAH, Al-Fatihah,” jelasnya.
Gambar
Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April ini telah menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad berkata, pengguguran tiga kategori tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tiga kategori baru yang diwujudkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).
Sementara itu, Nabil Ahmad selaku hos program tersebut ada pendapatnya tersendiri apabila kategori Artis Lawak Meletop digugurkan.
Jelasnya, bakat-bakat pelawak kini semakin menyerlah kerana mereka tidak hanya tertumpu pada bidang melawak, sebaliknya mereka telah menunjukkan bakat dalam bidang lain.
“Bagi saya, mereka (pihak produksi) yang telah menggantikan Kategori Artis Lawak Meletop kepada Kategori Artis Versatil Meletop itu masuk akal juga kerana kita dapat lihat sekarang ini kebanyakan pelawak sudah menceburi pelbagai bidang seperti menyanyi, mengacara, penyampai radio dan pelakon.
“Mereka sudah ada dalam kategori tersebut. Tambahan pula, sekarang ini dah tahun 2020,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam masa sama, Nabil menganggap bahawa pelawak kini lebih versatil dalam pelbagai cabang seni.
“Mungkin akan ada percanggahan apabila ada dua kategori iaitu Artis Lawak Meletop dan Kategori Artis Versatil Meletop, kerana kita sudah nampak bakat-bakat pelawak ini kebanyakkannya sudah mula berkembang.
“Mungkin AME nak selesaikan masalah ini dan letak dalam satu kategori sahaja iaitu Artis Versatil Meletop,” jelas Nabil.
Bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Selain tiga kategori baru, kategori lain adalah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.
Nama pelakon Ain Edruce semakin mendapat perhatian peminat atas keberkesanannya dalam melakonkan watak antagonis menerusi drama bersiri Camelia dipuji ramai.
Malah, ramai yang mulai ‘benci’ dengan sikapnya yang sarat kepura-puraan menerusi watak yang dijayakan.
Drama rantaian 15 episod ini merupakan sebuah drama berkisahkan tentang sebuah keluarga yang menetap di kampung dan mengalami masalah konflik kekeluargaan.
Menerusi Camelia, Ain memegang watak sebagai Marina yang bersikap pemarah dan bersifat hasad dengki terhadap kakaknya, Mariam yang dilakonkan Datin Diana Danielle.
“Sibuk nya lah orang tua ni.. chill lah. Malam masih muda. Malam ni pukul 10 malam di @tv3malaysia @dramasangat #camelia #marina,” tulisnya menerusi satu entri bagi mempromosikan drama berkenaan.
Lalu, lakonan hebat Ain mendapat pujian daripada penonton kerana telah berjaya melakonkan watak Marina dalam drama berkenaan, sebagaimana yang ditulis peminatnya di ruangan komen.
Selain Datin Diana dan Ain, antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini ialah Saharul Ridzuwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Aidil Aziz dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran TV3.
Video: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.