Penyanyi dan komposer Ippo Hafiz memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan isterinya, Fara Roslan yang kini menantikan detik melahirkan anak sulung mereka.
Dijangka bakal melahirkan anak lelaki, Ippo sebelum ini turut mendedahkan dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat permata hati sulung.
“Kepada yang mengenali Wife ippo @fararoslanx, Ippo mewakili memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau salah & silap.
“Dan ippo pun memohon maaf untuk diri ippo juga,mohon doakan bidadari ippo selamat bersalin “Yusuf Zarin Nur” dipermudahkan segalanya Amin.
Ads
“I love you so muchhh sayang, semoga rezki buat seluruh keluarga ippo dengan kehadiran Anugerah Allah ini,” tulisnya menerusi kapsyen entri di Instagram.
Pelawak dan penyanyi, Achey mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk mengecilkan ruang parkir di kediaman barunya.
Penambahbaikan itu dibuat demi menyediakan ruang khusus buat kedua orang tuanya yang kian uzur.
Jelasnya lagi menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, ruang parkir diubah suai menjadi sudut ruang tamu sebagai pesan dan kemudahan ibu bapanya.
Malah, ruang sama turut menyediakan sebuah tandas khas.
“Parking yang dulu boleh muat 4 biji kereta di ubah menjadi 2biji sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah.
“Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya ituu, buatkan satu toilet kecil untuk diorang jugak.. setle.. #10tahunimpian,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Achey sebelum ini ada berkongsi mengenai kediaman baru berupa rumah tiga tingkat yang menjadi impiannya selama 10 tahun.
Untuk rekod, Achey atau nama sebenarnya, Mohd nasir Hamzah mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 dan pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman, 47, memilih untuk tidak bercerita lebih mengenai hal melibatkan keluarga memandangkan dia bukanlah seorang yang perlukan publisiti.
Bagaimanapun jelas Rosland, dia tetap menghargai pihak media yang selama ini menyokong perjalanan seni isterinya sejak awal berkecimpung dalam dunia lakonan sehingga kini.
“Kalau nak diikutkan, saya seorang yang sangat ‘private’. Jadi bila berkahwin dengan Miera, saya faham dia seorang sebagai selebriti sementara saya masih sama seperti mana sebelumnya.
“Soal kehidupan saya adalah peribadi. Sebab itulah bila Miera kata majlis akan akan dihadiri pihak media, dan katanya mereka juga yang menaikkan namanya dari awal hingga kini, saya terima dan sokong.
“Cuma selagi mana yang boleh saya lindungi keluarga saya, saya akan cuba lindungi. Untuk majlis hari ini (resepsi), keluarga gembira. Itu yang paling penting bagi saya.
“Seperti yang Miera jelaskan mengenai kata-kata netizen, kita tidak boleh halang mereka daripada terus bercakap. Malah kalau kita buat benda yang baik pun, akan ada yang kutuk juga.
“Jadi biarlah kita teruskan hidup dengan berteraskan moral. Kita ada agama, ikut cara kita, hormat ibu bapa dan sebagainya. Sempena majlis ini, saya menghormati ibu bapa Miera,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai pelbagai spekulasi yang dilontar netizen yang mendakwa dia sudah pun bergelar suami orang sebelum ini, usahawan tersebut menyifatkan wargamaya boleh berkata apa sahaja.
“Ia satu hal peribadi bagi saya. Kalau saya mulai bercakap hal melibatkan keluarga, rasanya tidak perlu saya berkongsi dengan orang luar. Saya hidup pun bukan atas ihsan orang.
“Saya bangun pagi, bukan netizen yang sediakan sarapan untuk saya. Makan tengahari pun bukan beri mereka makan. Jadi saya hidup bukan atas landasan popular. Saya tidak perlu publisiti. Itu cara hidup saya. Bagaimanapun saya hormati Miera kerana dia di dalam bidang ini.
“Saya juga tidak pernah menghalangnya cuma saya rasa apa yang saya buat selama ini, agak konsistenlah. Orang nak kata macam-macam, katalah. Bagi saya, ia tidak berikan kesan pada saya.
“Saya berkahwin dengan Miera bukan atas dasar tumpang popularitinya. Saya lihatnya sebagai seorang wanita yang baik. Malah hubungan kekeluargaannya juga cukup akrab,” jelasnya lagi.
Rosland pada masa turut menyatakan lebih banyak isu besar lain di luar sana yang boleh dibincangkan ramai berbanding soal perkahwinannya dengan bintang berusia 27 tahun ini.
Terdahulu, Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sementara malam berinai dirai meriah di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan dan majlis resepsi pengantin baru ini berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Miera yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 menerusi filem Pecah itu sebelum menjadi perhatian peminat apabila dia dikatakan berkahwin dengan lelaki yang didakwa sudah berkahwin dan memiliki tujuh anak perempuan.
Dakwaan tersebut didedahkan dalam satu video di YouTube yang tular sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.