Setelah menghadiahkan pemandu p-hailing motosikal baharu selapas motosikal lamanya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pempengaruh terkenal, Aisar Khaled sekali mencuri perhatian netizen.
Menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Aisar dilihat telah bertemu dengan remaja yang bertanggungjawab memuat naik video pemandu p-hailing berjalan kaki sehingga tular dan mendapat perhatian ramai pihak.
Dalam pertemuan tersebut, Aisar sempat bertanyakan kepada remaja berkenaan tentang kejadian sebenar yang berlaku di dalam video tersebut.
Rupa-rupanya, remaja tersebut juga merupakan salah seorang penunggang motosikal yang turut telah disita oleh pihak JPJ kerana tiada cukai jalan.
Prihatin dengan nasib remaja tersebut, Aisar memutuskan untuk turut menghadiahkannya sebuah motosikal baharu.
Bukan setakat itu, pelakon drama Chendelier itu turut bersetuju untuk menanggung kos pembayaran hostel remaja berkenaan yang kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institud pengajian tinggi.
“Sebiji motosikal dan bayar kolej enam bulan adik viralkan video Food Panda,” tulisnya.
Jelas Aisar lagi, dia percaya setiap musibah yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Jika rezeki tidak akan ke mana. Setiap ujian di dalam hidup pasti ada pelangi . Semoga dimurahkan rezeki kepada rider di luar sana,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, remaja berkenaan dilihat tidak dapat menahan sebak saat menerima kejutan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Aisar akan dipermudahkan lagi rezeki selepas ini.
“Suka tahu bagi mata masuk habuk. Aku pula menangis. Semoga rezeki awak makin mewah Aisar.
“Alhamdulillah, semoga dikurniakan rezeki seperti air zam-zam yang tak pernah putus.
“Saya tengok pun menangis. Terima kasih orang baik.
“Terima kasih Aisar sebab selalu bantu orang yang memerlukan. Semoga Allah perluaskan lagi pintu rezeki awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Minggu pertama All Star Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan Naqiu mengungguli saingan minggu pertama dengan markah sebanyak 80.75 peratus.
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Boboy itu mempersembahkan lagu Naqiu Di Bawah Pohon Asmara, lagu asal nyanyian Jaclyn Victor dengan baik sekaligus menerima komen baik juri tetap Ramli MS.
Kedudukan kedua pula menjadi milik salah seorang peserta hot seat, Liza Hanim yang menyanyikan lagu popular Allahyarham Siti Sarah berjudul Jangan Kau Mimpi dengan 79 peratus.
Manakala Jaclyn Victor dan Nicky Palikat masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.
Bintang Singapura Hady Mirza pula berada di posisi kelima dalam kalangan 16 peserta bertanding iaitu sebanyak 70 peratus.
Sementara Cliff Umar berada di kedudukan paling rendah dalam senarai markah iaitu sebanyak 50.50 peratus.
Berikut ialah senarai lengkap markah kesemua peserta ASGV pada minggu pertama saingan;
Terdahulu, enam peserta hot seat telah diperkenalkan iaitu Tomok, Ezad Lazim, Liza Hanim, Zamani Slam, Suki Low, dan Nicky Palikat, sekaligus melengkapkan senarai 16 peserta bertanding.
Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein pula bertindak sebagai hos sementara Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang pula di posisi juri tetap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon meningkat naik, Tracie Sinidol akui berdepan sedikit cabaran untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan loghat Sabah sepanjang membingtangi drama, Luruhnya Bunga Cinta.
Menurut Tracie, dia mengambil inisiatif untuk memperbaiki pertuturannya dengan bersembang dengan kesemua kru ketika di set penggambaran.
“Ia agak mencabar buat saya. Semasa saya pertama kali datang ke set drama ini, loghat Sabah saya sangat pekat. Saya kena kurangkan slang Sabah itu.
“Pada awalnya, saya tak tahu nak buat macam mana. Kawan semenanjung pun tak ramai. Jadi, apa yang saya buat, bila datang ke set, saya bercakap Bahasa Melayu dengan semua kru yang ada setiap hari.
“Lama-lama dialog saya dalam lakonan semakin baik. Saya baru setahun menetap di Semenanjung. Saya takut juga orang mengkritik Bahasa Melayu saya, tapi saya sudah buat yang terbaik,”katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2022 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta baru-baru ini.
Pada masa sama, bintang berusia 22 tahun ini akui agak gemuruh untuk berhadapan dengan pengarah memandang ini merupakan kali pertama dia membawakan yang sarat dengan emosi.
“Saya seorang yang mudah gemuruh. Jadi, macam mana saya mengatasinya adalah dengan bersembang dengan pengarah supaya kita rasa lebih selesa dan tiada tekanan.
“Pada mulanya, saya merasakan pengarah seroang yang garang tapi bila melihat daripada perspektif lain, dia bukan garang sebaliknya mahu kita menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, meskipun ada kalanya dia berasa tertekan untuk memenuhi kehendak pengarah, namun, hal itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan kualiti lakonan terbaik.
“Perasaan putus asa tu tiada tapi rasa breakdown itu sudah semestinya ada. Bila kita sudah bersetuju untuk menjayakan sesebuah drama, kita kena habiskan apa yang kita mula.
“Agak mencabar bagi saya untuk membawakan watak yang penuh emosi. Ada kalanya saya tertekan dengan tertekan dengan kehendak pengarah.
“Namun, bila pulang, saya akan ulangkaji, lihat semula lakonan saya, perbetulkan ekspresi dan berbincang dengan Redza. Akhirnya saya dapat apa yang pengarah mahukan,” akhirinya.
Terdahulu, Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi merupakan daripada drama popular Korea Selatan, Autumn In My Heart.
Selain Tracie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon sepeti Redza Rosli, Nabila Razali, Auni Yusri dan Zila Bakarin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.