Selepas berteka-teki mengenai status rumah tangganya, pelakon, Luqman Hafidz akhirnya memaklumkan dirinya kini sudah pun bercerai dengan isterinya Nurul Atiqah Mad Apandi sejak enam bulan yang lalu.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Hafidz menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Jelas Hafidz atau nama lengkapnya Muhd. Luqman Hafidz Fauzi, dia dan isteri telah berpisah secara baik dan mereka kini mahu memberi fokus untuk membesarkan anak perempuan mereka, Eve Laura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx)

“Assalamualaikum dan salam yang baik-baik buat semua. Seperti semua sedia maklum, pihak media ada bertanyakan mengenai keadaan dan status rumah tangga saya.

“Saya hargai semua yang bertanya khabar memberi kata-kata semangat dan sebagainya. Saya mohon maaf jika saya tak dapat nak balas semuanya.

IKLAN

“Di sini, sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu. Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu lagi, dengan penjelasannya itu, dia berharap agar orang luar tidak lagi membuat sebarang spekulasi berhubung kisah rumah tangganya.

“Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari dari perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

IKLAN

“Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dia kini mahu bekerja dengan lebih keras demi memberi keselesaan buat anaknya.

“Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya.

IKLAN

“Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian. Terima kasih,” akhirinya.

Untuk rekod, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah pada tanggal 20 Mac 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini baru berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Luqman Hafidz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI