Bagi yang mengikuti drama rantaian Curi-Curi Cinta, pasti akan mengenali watak Mak Long Saripah yang dilakonkan oleh pelakon senior, Ku Fridah.
Bagaimanapun menerusi posting terkini di Instagram Official Ria X, Ku Fridah telah memaklumkan bahawa watak Mak Long di dalam drama tersebut telah dihentikan atas faktor masalah kesihatan yang dialami pelakon yang berusia 66 tahun itu.
“Assalamualaikum, sebelum itu saya nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada peminat-peminat, penonton-penonton Curi-Curi Cinta,
“Saya mohon maaf banyak-banyak kerana selepas malam ini anda tidak akan dapat melihat watak saya dalam Curi-Curi Cinta,
“Bukan sahaja saya menarik diri, atas sebab kesihatan, sebagaimana anda tahu semua saya kurang sihat semasa buat pengambaran Curi-Curi Cinta,
“Kini alhamdulillah, saya dah comeback dan saya harap sangat pada penonton Curi-Curi Cinta, peminat setia Astro Ria dan Ria HD jangan lupa terus menonton, beri sokongan kepada penganti saya, watak Mak Long Sapiah iaitu Laila Nasir,”katanya menerusi rakaman video tersebut.
Curi-Curi Cinta telah dilakonkan pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson, Fauziah Nawi, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Drama berkenaan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Terdahulu, Ku Fridah atau nama sebenar Ku Fridah Ku Shafie dikhabarkan tidak sihat serta mengalami jangkitan paru-paru. Namun, tahap kesihatannya kini kian baik.
Masih hangat diperkatakan di laman media sosial mengenai isu rumah tangga melibatkan pelakon Ammar Alfian dan isterinya yang merupakan model, Nelissa Nezam.
Baru-baru ini, Nelissa telah memuat naik beberapa keping gambar perbualan dia bersama suaminya di aplikasi ‘Whatsapp’ menerusi Instastory miliknya.
Mengejutkan, apabila gambar tersebut telah memaparkan bukti pelakon filem Paskal itu bertindak curang terhadap isterinya.
Bagaimanapun, Nelissa telah memadam entri tersebut daripada akaun Instagram. Namun, ia menjadi viral selepas dikongsikan kembali pengguna media sosial lainnya.
Dalam pada itu, perkongsian Nelissa terhadap suaminya itu telah menjadi tanda tanya peminat mengenai isu rumah tangga pasangan ini.
Terdahulu, Ammar dan Nellisa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Tular di media sosial sejak semalam apabila sekumpulan remaja membuli seorang warga tua, Mohd Mudakir Abd Wahid yang kononnnya dianggap mahu bergurau.
Malah, video berdurasi 1 minit 24 saat yang dirakam salah seorang remaja, menimbukan kemarahan ramai gara-gara perlakuan remaja itu terhadap individu warga emas.
Ramai memberikan komen termasuk selebriti. Azhan Rani misalnya, turut meluahkan rasa ketidakpuashatinya itu di Instagram.
“Subuh ni emosi aku tergangu bila melihat video yang tengah tular di sosial media ni.. tak tergambar rasa kesal aku dengan kejadian ni. ye bukan aku tak pernah tengok orang kurang ajar dengan orang tua.. tapi ini realitii..
“Adik2ku, korang nak rasa berkuasa, nak rasa hebat, nak rasa glamour? sekarang korang dah dapat harap seronok dengan apa yang korang sendiri cipta ni, seronok memalukan diri sendiri, seronok la memalukan ibu bapa dan cikgu2 korang sendiri juga..
“Abang percaya korang semua pernah kenal apa itu ?.. sekarang cuba la cari apa beza ? dengan perbuatan korang ni? maaf abang takde perkataan lebih baik nak guna untuk gambarkan kecewa abang pada korang dalam video ni.
“Semoga Allah mengampuni dosa2 korang dan andai ada kekesalan ikhlas dalam hati korang semoga menjadi asbab untuk korang menjadi insan yang lebih mulia di masa akan datang. semoga insiden ini juga jadi peringatan besar untuk kita semua.. #anakanakkita ,’ tulisnya panjang lebar.
Lalu, netizen turut berasa geram dengan tindakan sekumpulan remaja tersebut yang membuli pakcik itu dengan cara menjatuhkan motor dan membaling cebisan kotak.
Bagaimanapun, salah seorang remaja itu telah ‘diajar’ oleh penduduk kampung disana.
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.